in

“Pergh berbaloilah selalu kena marah” – Netizen Teruja Amayan Dapat Porsche, Sampai Terlompat-lompat Gembira!

syaz ft 2025 10 09T131752.512

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Demi memudahkan urusan anak sulungnya, usahawan dan pempengaruh terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida, menghadiahkan sebuah kereta Porsche 718 Cayman berwarna hitam kepada anaknya, Ammar Ahyan.

Menurut Shahida atau nama penuhnya Nur Shahida Mohd. Rashid, 40, kenderaan bernilai sekitar RM350,000 itu diberikan khusus untuk kegunaan harian Ammar, terutamanya sebagai pengangkutan ke kolej.


Artikel berkaitan: “Berkat jual jeruk mangga” – Aliff Syukri Dedah Sudah Beli ‘Private Jet’

Artikel berkaitan: “Boleh makan under pressure” –  Netizen Terbahak Tengok Gelagat Ammar Ahyan, Selamba Makan Walau Situasi Tengah Kecoh

@shahidadherbs2

Mama dengan Papa dah lama sebenarnya nak belikan kereta untuk Ammar Ahyan. Yelah dia pun dah besar, dah ada lesen memandu. Senang dia nak pergi balik kolej. Ammar ni tak meminta kereta apa, dia kata janji ada kereta dan cukup. Patut sampai awal kereta ni tapi ada delay sedikit. So mama dengan papa tahu hari ni sampai tapi sebab nak surprise kan Ammar kita rahsiakan. Nampak dia terkejut gila ya bila nampak kereta baru dia. Insyallah ada rezeki untuk anak anak mama yang lain bila sampai masanya. Untuk Ammar Ahyan mama dengan papa nak pesan. Dah ada kereta ni jangan lupa diri, solat jangan tinggal, jangan riak dan sentiasa tunduk ke bumi. Ingat Allah boleh tarik rezeki bila bila masa je jika hambanya tidak bersyukur

♬ original sound – Nur Shahida Mohd Rashid – Nur Shahida Mohd Rashid

“Mama dan papa dah lama sebenarnya nak belikan kereta untuk Ammar Ahyan. Dia pun sudah besar dah ada lesen memandu.

Senang nak pergi kolej. Ammar ini tak meminta kereta apa dia kata janji ada kereta dah cukup,” katanya menerusi TikTok.

Shahida turut berkongsi keterujaannya melihat reaksi gembira anak lelakinya itu selain menzahirkan hasrat untuk menghadiahkan rezeki sama kepada anak-anak lain pada masa akan datang.

“Patut sampai awal kereta ini tapi ‘delay’ (lewat) sikit, jadi mama dan papa tahu hari ini sampai tapi sebab nak kejutkan Ammar, kita rahsiakan.

Nampak dia terkejut bila nampak kereta baharu. Insya-Allah ada rezeki untuk anak-anak mama yang lain bila sampai masanya,” jelasnya.

Dalam masa sama, beliau turut menasihati Ammar agar tidak leka dengan nikmat yang dikurniakan dan sentiasa mengekalkan sikap rendah diri.

 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.