in

“Perbuatan kejamnya dilihat anak mangsa berusia 5 tahun” – Bunuh & Rogol Isteri Polis Bantuan, Penganggur Dihukum Gantung

Bersalah Gantung

Mohammad Awari, bekas pekerja sebuah kilang papan dijatuhi hukuman gantung hari ini selepas didapati bersalah merogol seorang jururawat pada tahun 2015, lapor Malaysiakini.

Awari dilaporkan gagal dalam rayuan akhirnya untuk ketepikan hukuman mati atas perbuatan kejamnya yang dilihat sendiri oleh salah seorang anak lelaki mangsa, ketika itu berusia 5 tahun.

Anak

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf sebulat suara menolak rayuan penganggur berusia 27 itu, terhadap hukuman mati yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kota Bharu selepas didapati bersalah membunuh mangsa, Yashmin Fauzi (berusia 25 tahun ketika itu) yang juga merupakan isteri seorang polis bantuan.

Awari dituduh membunuh dan merogol mangsa pada 1 Mac 2015 di dalam sebuah rumah tanpa nombor dekat Kampung Batu Papan, Gua Musang kira-kira jam 12.20 tengah malam hingga 2 pagi.

Awari

Rumah1

 

Jelas ada niat membunuh

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nazran Mohd Sham telah memohon agar mahkamah menolak rayuan Awari dan mengekalkan hukuman mati atas perbuatan kejamnya itu. Katanya,

“Perbuatan perayu adalah kejam, agresif dan ganas. Selepas menetak leher mangsa, perayu telah merogol mangsa ketika darah sedang membuak keluar. Mangsa mengalami 11 kecederaan, antaranya di leher dan tangan. Dalam kes ini perayu menggunakan parang untuk mengelar bahagian kiri dan kanan leher mangsa. Ini jelas menunjukkan perayu mempunyai niat untuk membunuh.”

Mangsa2

Katanya lagi, Awari kemudian pergi untuk ‘meraikan’ perbuatannya dengan meminum tujuh botol arak di sebuah restoran berdekatan. Dia juga telah mencuri wang sebanyak RM200 dan sebuah telefon bimbit milik mangsa.

 

Suami nampak mangsa atas jalan tar waktu balik kerja

Berdasarkan keterangan, suami mangsa ternampak isterinya terbaring atas jalan tar di depan rumahnya semasa pulang dari kerja pada 2 pagi, 1 Mac 2015 itu.

Selepas ternampak mangsa dibaluti selimut tanpa pakaian, suaminya terus ke rumah ayahnya yang berdekatan untuk minta tolong. Keluarga mentua mangsa kemudian membawanya ke Hospital Gua Musang sementara suaminya melihat tiga anak mereka berusia enam bulan, tiga tahun dan lima tahun yang berbaring di atas tilam berlumuran darah.

Darah

 

Mangsa sempat tulis nota

Mangsa disahkan meninggal dunia pada 6.40 pagi hari yang sama.  Bagaimanapun, sebelum itu mangsa dilaporkan sempat menulis nota yang berjaya membantu pihak polis menahan suspek. Nota itu dibaca:

Anak abe mat tanah putih yang rogol dan kelar samun duit.”

Baca berita penuh kes perbicaraan itu di sini.

Awari dilihat tenang selepas keputusan hukuman itu turut disabitkan atas tuduhan merogol mangsa dan dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi, bagaimanapun, bagi prosiding hari ini, rayuan hanya dibuat terhadap hukuman mati saja.

Baca: “Jumpa mayat hampir reput dlm semak ladang sawit” – Didapati Bersalah Bunuh Anak, Pasangan Kekasih Dihukum Gantung

Gantung Feature

Sumber: Harian Metro
Sumber: Awani
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Sokmodotnet