in

“Jumpa mayat hampir reput dlm semak ladang sawit” – Didapati Bersalah Bunuh Anak, Pasangan Kekasih Dihukum Gantung

Gantung Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepasang kekasih dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh kanak-kanak berusia 5 tahun, lapor Harian Metro.


Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap R Saravanan, 30, dan T Gayathry, 36, yang didapati bersalah membunuh anak wanita tersebut, enam tahun lalu.

Kamu akan digantung di leher sehingga mati.”

Bunuh6

 

Berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah 

Mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh berkenaan.

“Selepas mengambil kira semua bukti yang dikemukakan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh.”

“Kedua-dua tertuduh didakwa atas pertuduhan membunuh yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan. Mahkamah ini perlu menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang.”

Bunuh3

Oleh itu mahkamah ini menjatuhkan hukuman gantung mandatori terhadap kamu berdua. Kedua-dua kamu akan digantung di leher sehingga mati.”

Kedua-dua tertuduh dilihat berdiri di kandang tertuduh dalam keadaan tenang namun Gayathry kemudian dikatakan menangis dan mengesat air matanya.

Peguam yang mewakili mereka memaklumkan pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman berkenaan.

 

Mayat hampir reput, mengaku tidak bersalah

Pada 29 September 2014, polis telah menemui mayat kanak-kanak lelaki yang hampir reput di dalam semak ladang sawit. Menurut laporan, mayat itu kemudian dikenal pasti sebagai S Kaviarasan berusia 5 tahun.

Pemeriksaan polis itu dilakukan selepas ibu mangsa sendiri yang mendakwa telah memukul anaknya itu sehingga mati di rumah mereka dekat Kulim, Kedah.

Ketika dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan , kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Bukit Mertajam atas tuduhan membunuh.

Bunuh2

Tertuduh yang berasal dari Klang, Selangor dan Kulim, Kedah itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di antara 20 September hingga 29 September lalu, di tepi jalan Ladang Permatang Sera, Bukit Tengah di Bukit Mertajam kira-kira jam 8 hingga 11.25 pagi.

Baca: [TERKINI] Remaja Bakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Didapati Bersalah!

Ittifaqiyah

Sumber: FMT
Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.