in

Peranti Android Boleh Digunakan Sebagai Dashcam Tak Lama Lagi

android dashcam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikatakan sedang dalam pertimbangan untuk mengusulkan kepada Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menggalakkan penggunakan kamera papan pemuka atau dashcam.

Perkara tersebut bakal memudahkan siasatan PDRM sekiranya terjadi sebarang insiden selain ia juga akan membantu mengesan pembuli jalan raya.


Berita baik kepada pengguna peranti Android, menurut 9to5Google, aplikasi Personal Safety daripada Google selepas ini akan menerima kemaskini yang bakal membolehkan telefon pintar digunakan sebagai dashcam.

AA1bisQW

Untuk yang belum tahu lagi, Personal Safety merupakan hab yang menempatkan pelbagai aplikasi atau tetapan yang berkaitan dengan keselamatan seperti Emergency Sharing, Car Crash Detection dan Safety Check disimpan.

Buat masa ini, ia tersedia pada kesemua peranti Google Pixel dan sebagian telefon pintar Android seperti Nothing Phone (1), Asus ROG 7 dan setakat ini tidak disenaraikan peranti mana yang disokong, cuma pengguna boleh semak di App Store sekiranya ia ditawarkan.

Jika peranti tersebut tidak menyokong, ia akan keluar sebegini :

Screenshot 20230518 105904 horz

Menurut laporan, Google secara tidak sengaja telah memaparkan kemaskini terbaru yang akan diberikan kepada aplikasi tersebut dalam versi terbaharu yang akan dilancarkan nanti dan salah satu daripadanya ialah fungsi dashcam.

Seperti mana namanya, dikatakan ia akan membolehkan pengguna telefon merakam video sambil memandu, cuma telefon berkenaan haruslah dipasang pada kedudukan yang sepatutnya di papan pemuka.

9to5Google juga mendapati pengguna masih boleh menggunakan telefon walaupun fungsi dashcam tersebut diaktifkan. Selain itu, aplikasi berkenaan juga turut berfungsi sekiranya skrin telefon dimatikan bagi tujuan menjimatkan penggunaan bateri.

maxresdefault

Dikhabarkan, kemaskini awal ini akan memboilehkan dashcam ini berfungsi secara automatik apabila disambungkan kepada fungsi Bluetooth kenderaan selain kesemua video yang dirakamkan akan dipadam selepas tempoh 3 hari bagi menjimatkan ruang penyimpanan telefon.

Setiap video telah dikecilkan dan hanya bersaiz 30MB setiap minit dan tempoh rakaman maksimum adalah 24 jam.

Pun begitu, ada yang berpendapat ianya akan menyebabkan telefon pintar milik pengguna menjadi terlampau panas kerana ianya akan mengaktifkan perlbagai fungsi dalam satu masa yang sama, selain kedudukan papan pemuka yang biasanya terdedah kepada matahari tersebut.

Sekiranya peranti Android korang ada aplikasi ini dan ingin menggunakannya sebagai dashcam, pihak Personal Safety menyarankan agar menggunakan kamera ultra luas untuk sudut rakaman yang lebih meluas.

Baca : Tiba-Tiba Brek Hingga Cetus Kemalangan, Ini Modus Operandi ‘Scam’ Jalan Raya

scam jalan raya brek

Sumber: Soya Cincau
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.