in

Perancis Kesan Varian Covid-19 Baharu ‘IHU’, Didakwa Lebih Bahaya Berbanding Omicron?

Collage 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru je beberapa bulan lepas pasukan perubatan di Afrika Selatan mengesan varian Omicron. Malah, kes di beberapa negara juga turut melonjak naik ekoran kepantasan varian ini merebak.


Baru-baru ini, saintis di Perancis telah menemui satu lagi varian baharu iaitu B.1.640.2 atau dipanggil “IHU” buat masa sekarang, lapor First Post.

Varian IHU ini telah ditemui oleh para akademik yang berpusat di IHU Mediterrancee Infection pada 10 Disember lalu.

Dekat bawah ni adalah beberapa perkara yang baru diketahui tentang varian IHU ini.

Lebih cepat merebak dari Omicron

Menurut pengkaji yang menemui varian baharu ini, ia dikatakan mempunyai 46 mutasi (lebih banyak dari Omicron). Ini menjadikan, varian terbaharu ini mempunyai daya tahan yang lebih kuat terhadap vaksin dan sangat mudah berjangkit.

12 kes telah ditemui

Setakat ini juga, sebanyak 12 kes telah ditemui berdekatan Marseille, Perancis yang pertama kali dikaitkan dengan orang yang baru pulang dari Cameroon di Afrika.

Masih belum ditemui di negara lain

Varian ini masih belum ditemui di negara-negara lain dan hanya dilabelkan sebagai varian di bawah siasatan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO).

Varian Omicron masih dominan

Setakat ini, Omicron adalah varian yang paling dominon di Perancis dan negara-negara Eropah seperti United Kingdom dan Portugal yang menunjukkan peningkatan kes mendadak sejak beberapa hari lalu.

Disebabkan ini, banyak negara telah meminta untuk lebih ramai orang lagi mengambil vaksin dan menghalang mereka dari masuk ke tempat-tempat ramai orang seperti restoran, pengangkutan awam jarak jauh dan bar.

Manakala di Malaysia pula, sebanyak 58 lagi kes Omicron telah dikesan semalam dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengatakan ada kemungkinan gelombang Omicron akan bermula di Malaysia seperti yang dapat dilihat di negara-negara lain.

 

Baca: 62 Kes COVID-19 Varian Omicron Dikesan Di Malaysia Setakat Ini, 1 Kes Disyaki Penularan Tempatan – KJ

Screenshot 2022 01 05 At 12.49.44 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.