in

“Motosikal gagal dikawal ketika melalui selekoh” – Penuntut Kolej Maut Terjatuh 21 Meter Dari Flyover Lebuhraya DASH

39aec873 2fa1 4288 b837 295da17f458f
dash

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malang tidak berbau. Seorang pelajar kolej swasta berusia 19 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum terjatuh dari flyover Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) pada ketinggian 21 meter di susur 1/B 0.5, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 10.40 pagi ketika mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dari arah Persiaran Mokhtar Dahari menuju ke susur lebuh raya tersebut.


“Motosikal dipercayai gagal dikawal ketika melalui selekoh lalu terbabas dan melanggar pembahagi flyover sebelum mangsa tercampak jatuh ke kawasan berumput di Persiaran Pulau Angsa,” katanya.

Akibat hentaman kuat, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel berkaitan: Terjatuh Dari Ketinggian Sekitar 21 Meter, Penunggang Motosikal Maut Terjatuh Jejambat Di Lebuhraya DASH

Artikel berkaitan: Motosikal Bergesel Dengan Kereta, Wanita Ma*t Tercampak Dari ‘Flyover’ DASH

bhjatuh24 1756009815
Foto ihsan polis

Tragedi ini adalah kejadian kedua dalam tempoh sebulan di lokasi sama. Pada 26 Julai lalu, seorang lelaki berusia 23 tahun turut maut selepas motosikal ditungganginya dipercayai terbabas sebelum terjatuh pada ketinggian sama.

Polis kini sedang mencari saksi untuk membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat BSPT IPD Shah Alam, Inspektor Nur Iqmal Maisarah Azman di talian 017-2836851.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.