in

Penjualan Mercun & Bunga Api Akan Dibenarkan, KDN Tentu Garis Panduan

Cats 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aktiviti pembakaran serta penjualan bunga api dan mercun dalam negara akan dibenarkan tidak lama lagi. Namun, ia tertakluk kepada peraturan serta garis panduan baharu yang akan dikeluarkan nanti.

Menurut Menteri Pembangunan Kerajaan tempatan, Nga Kor Ming, perkara ini telah dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini. Ini bertujuan untuk meningkatkan pendapatan negara, selain kerajaan dapat mengawal aktiviti penjualan di peringkat pemborong dan pengimport.


Nga Kor Ming

Pendapatan kerajaan dijangka akan bertambah menerusi pelaksanaan duti import kepada pemegang lesen, yang boleh menjangkau hingga ratusan juta. Proses pengimportannya pula akan dikawal selia dari segi undang-undang yang dicipta.

Bunga Api

Sebelum ini, tiada undang-undang yang memantau penjualan mercun dan bunga api. Ini secara tidak langsung membuatkan segala keuntungan dikaut oleh sindiket yang membawa masuk produk itu ke dalam negara secara haram.

“Kita serah kepada Kementerian Dalam Negeri untuk buat panduan dan semua peraturan, bagaimana untuk mohon lesen. Kementerian Kewangan akan tetapkan berapa peratus cukai perlu dibayar,” katanya dalam satu kenyataan.

Dari segi keselamatan pula, tiada standard keselamatan yang ditetapkan membuatkan ia bahaya kepada orang awam jika berlakunya kemalangan.

Kredit: NST

BACA: “Xjd bakar lemang, anak bakor kete dulu” – Padah Tak Pantau Anak Main Mercun, Habis Kereta Ayah Rentung

Capture

 

Sumber: MSN
Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.