in

Penjaga Kucing Boleh Disaman RM1,000 Jika Si Bulus Suka ‘Membuang’ Merata

Page 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kat sini ada masalah kucing jiran suka ‘membuang’ di halaman rumah korang? Dah jadi kerja kita pulak nak bersihkan najis kucing tu. Lagi menambah rasa sakit hati bila kita tegur jiran tu, dia buat tak tahu je.


Kalau korang boleh relate, mungkin berita ni boleh bantu korang. Tahu tak, sebenarnya penjaga kucing tak bertanggungjawab yang membiarkan haiwan peliharaan diorang buang air merata-rata boleh dikenakan denda sehingga RM1,000.

Menerusi perkongsian Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru-baru ini, perbuatan tersebut boleh dikategorikan sebagai salah satu bentuk ‘kacau ganggu’.

Bila ada pemilik kucing tidak bertanggungjawab sehingga mengganggu jiran seperti berak di kawasan rumah pasti mewujudkan…

Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) on Wednesday, January 12, 2022

Mengukuhkan lagi poin tersebut, hantaran itu turut menyertakan akta-akta terperinci yang menetapkan kesalahan bagi pemilik kucing yang membiarkan haiwan peliharaannya buang air merata.

Dalam Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 80 menyebut sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) mendapati ada gangguan di kawasan awam atau kawasan persendirian, PBT boleh menghapuskan, menghentikan kacau ganggu ini dengan menghantar notis, mengambil tindakan undang-undang serta ganti rugi.”

Manakala Seksyen 81, akta sama pula menitik beratkan apa-apa binatang yang disimpan di sesuatu tempat atau dengan sesuatu cara atau dengan sebegitu besar bilangannya sehingga menjadi satu kacau ganggu.

Sz

Turut dijelaskan dalam perkongsian tersebut, seorang jiran mempunyai hak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) jika mereka rasa haiwan peliharaan jiran itu mengganggu ketentetaman mereka.

Sekiranya didapati bersalah, hukuman denda hingga RM1,000 boleh dikenakan terhadap pemilik haiwan tersebut.

Kalau dah namanya haiwan, tidak kisahlah kucing, anjing atau apa-apa sekalipun, tindakan mereka memanglah sukar untuk diramal, kan? Jadi untuk pemilik si bulus, korang kena make sure yang kucing korang dilatih dengan baiklah supaya tak buat hal kat rumah orang lain.

Jadilah cat lover yang bertanggungjawab, okay?

Sumber: Kosmo

Baca: Lebih 100 Kes Kebakaran Di Korea Berlaku Disebabkan Kucing, Pemilik Diminta Berhati-hati!

Capturez

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.