in ,

Peniaga Pasar Malam Lorong TAR Belum Start Berniaga Lagi, Katanya Sebab SOP Ketat Sangat?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan kita sudah pun berada di fasa pemulihan daripada Coronavirus, banyak perniagaan yang telah dibenarkan untuk beroperasi termasuklah pasar malam. Dah lama betul tak merasa air kelapa yang orang jual kat pasar malam kan. 


Namun, disebabkan peniaga pasar malam juga perlu mengikut SOP yang ditetapkan untuk mengelakkan jangkitan Covid-19, ada juga antara mereka yang tangguh dulu pembukaan gerai sebab katanya SOP terlalu ketat, lapor Harian Metro.

Menurut Azkhalim Suradi iaitu Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR), SOP yang telah ditetapkan macam tak logik untuk dibuat di pasar malam.

Dalam SOP pembukaan pasar malam, gerai-gerai yang terbabit perlu ada social distance sejauh 1.5 meter antara satu sama lain. Katanya, tak sesuai lah nak buat macam tu sebab pasar malam kawasan tu bukannya ada area yang besar pun. 

Selain tu, kemungkinan besar jugak akan ada peniaga yang tak dapat berniaga sebab bilangan gerai yang dibuka pun mestilah sikit.

Disebabkan jumlah pengunjung pada satu-satu masa juga perlu dikurangkan untuk memudahkan penjarakan sosial, para peniaga juga mungkin terpaksa tanggung kerugian.

Namun, netizen di Facebook mempunyai pendapat yang berbeza. Ramai netizen yang kata better ikut je SOP sebab sekurang-kurangnya ada juga untung dari tak ada langsung. Betul jugak tu kan. 

Apa-apa pun, korang kalau keluar ke tempat awam, jangan lupa ikut SOP yang ditetapkan. Jangan lupa jugak pakai topeng muka dan sentiasa basuh tangan. 

Baca: Ini SOP Ketika Nak Masuk Gym Bermula 15 Jun Nanti

Sumber: Astro Awani
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.