in

“Tema glamor, dongeng & tradisional”- Jiwang & Juwita Bakal Disatukan Dalam Majlis Kahwin Haiwan Pertama Di Negara Ini

Cats 86

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu bila cakap bab kahwin, mesti ramai yang excited sebab nak berumah tangga dengan pasangan masing-masing yang sudah lama bercinta. Tapi, macam mana pula kalau haiwan yang kahwin? Aik, ada ke haiwan kahwin?


Menerusi satu Tweet yang dimuat naik oleh Bernama semalam, pasangan badak air yang diberi nama Jiwang dan Juwita bakal disatukan dalam satu majlis perkahwinan haiwan yang julung kalinya dilakukan di negara ini.

Perkongsian tweet tersebut telah mendapat lebih 3 ribu likes dan retweet di Twitter dengan lebih 100 komen yang diberikan oleh netizen.

Majlis perkahwinan tersebut bakal berlangsung pada malam ini di Sunway Lost World of Tambun, Perak. Bukan itu sahaja, majlis perkahwinan mereka juga siap ada tema tau iaitu bertemakan glamor, dongeng dan ala Melayu Tradisional.

Wah,ni nak kalahkan ‘wedding of the year’ ke? Kemain kau!

 

Badak pun dah nak kahwin

Di ruangan komen, rata-rata netizen memerli rakan-rakan mereka dengan membandingkan nasib pasangan badak air tersebut yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka kelak tapi member diorang pula ramai tak kahwin-kahwin lagi. Belum ada jodoh lagi tu, takpe.

Photo6339334629424737114

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang komen suruh patuh SOP dan tidak melakukan kesilapan seperti majlis perkahwinan seorang artis yang tular sebelum ini. Amboi korang kalau bab memerli laju je eh.

Photo6339334629424737115

Kalau korang nak tengok ‘live’ majlis perkahwinan Jiwang dan Juwita malam ini, korang boleh tengok di media sosial Sunway Lost World Of Tambun. Stay tune! Gitu…

Badak pun dah kahwin, korang bila lagi? Alamak, gurau je.

 

Sumber: Bernama

Baca:Neelofa Akhirnya Dirisik PU Riz, Bakal Jadi Wedding Of The Year?

Capture 64

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.