in

Pengusaha Restoran ‘Triggered’ Dengan Review Makanan, Dakwa Letak ‘Special Ingredient’

Restoran Food Review 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Media sosial ini adalah sebuah tempat di mana kita mencari informasi serta berita terkini, kebelakangan ini ramai juga influencer yang menggunakan media sosial ini untuk mengeluarkan review dan antara yang paling banyak dilakukan ialah review makanan.

Ramai content creator yang memilih untuk review restoran yang viral dan menjadi pilihan ramai dengan pendapat yang jujur.


Pun begitu, baru-baru ini seorang pengusaha restoran seakan tidak puas hati dengan review yang diberikan oleh seorang food influencer.

Menerusi laman Facebook restoran berkenaan, admin page itu seakan tidak dapat menerima kritikan yang diberikan dengan menggunakan kapsyen berbaur sindiran.

Cats 50

Malah, selepas memuat naik video berkenaan, pengusaha restoran itu turut menulis dalam posting yang lain kata-kata seakan memerli dan berterima kasih kepada content creator tersebut kerana memberinya perhatian dan marketing percuma.

“Maaf setiap hari Isnin dan Selasa kami tutup, yang nak datang makan buat content boleh la datang hari rabu

Zaman sekarang kann, semua benda baik dan buruk kita makan wajib kena post dekat media sosial baru la rasa gempak bila follower tengok dan lepastu boleh la jadi macai reply comment satu-satu. 

Alhamdulillah untuk kami dapat free attention and free marketing,” tulisnya.

Lebih membuatkan ramai netizen terkedu, pengusaha restoran tersebut turut memberitahu dia ada meletakkan ‘special ingredient’ dalam makanan food reviewer seterusnya.

Cats 51

Harap dua-dua pihak settle dengan baik…

Baca: “Dah booking tapi takde meja” – Servis Teruk Di Restoran Steamboat Buat Pelanggan Bengang

Kedai Steamboat 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.