in

Pengkid Viral Pakai Ihram Rupanya Dah Tipu Ramai Wanita Sampai Ada Yang Dah ‘Ready’ Nak Kahwin?

Collage 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular rakaman video seorang pengkid yang didakwa telah pergi menunaikan umrah di Mekah dengan memakai ihram.


Perbuatan tersebut telah didedahkan sendiri oleh bekas kekasihnya Aliya kerana merasakan perbuatan tersebut telah melampaui batas.

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini Aliya pernah membuat perkongsian di TikTok tentang bagaimana dia telah diperdayakan oleh pengkid yang mahu dikenali sebagai ‘Mohd Syahid’ atau panggilan mesra ‘Ayid’ sehingga wanita tersebut telah merancang untuk bertunang dan berkahwin pada awal tahun depan.

Malah, selepas videonya itu viral lebih ramai menceritakan jalan cerita yang lebih kurang sama dan ada antaranya yang sudah pun membeli baju pengantin dan menghantar borang kahwin ke jabatan agama.

“Ingatkan dia ikhlas rupanya ajak adik saya kahwin”

Pengkid Umrah.jpg

Menurut Harian Metro, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Ramlah juga turut menceritakan penipuan yang dialaminya bersama pengkid tersebut.

Ramlah menceritakan, Ayid yang dia kenali dari aplikasi TikTok ini mengatakan bahawa dia merupakan duda anak dua.

Malah, Ayid juga ada menunjukkan gambar bersama dua kanak-kanak perempuan serta seorang wanita yang didakwa sebagai anak dan bekas isterinya. Dia juga memaklumkan sedang bersedih dengan perpisahan itu dan mahu mengahwini saya.”

Namun selepas memperkenalkan Ayid dengan adiknya yang merupakan seorang jururawat di Arab Saudi, mereka telah menjalinkan hubungan secara senyap dibelakangnya dan pengkid tersebut turut mengatakan yang dia mahu berkahwin dengan adiknya itu.

Ingatkan ‘Ayid’ ikhlas mahu menjadikan saya sebagai isterinya, tetapi di belakang saya, dia juga mengajak adik perempuan saya untuk berkahwin.”

Ekoran ini, hubungan adiknya dan keluarga telah retak dan Ramlah hanya mengetahui tentang identiti sebenar Ayid bila melihat TikTok yang dibuat oleh Aliya.

Saya difahamkan, Rohana ada bertemu Ayid yang berada di sana (Arab Saudi) ketika ini. Walaupun kami (ahli keluarga) sudah memaklumkan mengenai perkara itu, namun Rohana tetap yakin Ayid adalah lelaki.

“Kami bimbang dengan perhubungan mereka kerana Ayid licik memanipulasi Rohana sehinggakan dia memilih untuk mempercayai Ayid berbanding kami.”

“Perwatakan memang seperti lelaki tapi saya tahu dia perempuan”

Bekas penyelia Ayid ketika bekerja di salah sebuah cawangan bank di Bukit Jelutong turut meluahkan rasa kesalnya melihat penampilan pengkid tersebut yang mengenakan ihram baru-baru ini.

Perwatakan Ayid memang seperti lelaki namun saya sebagai rakan rapatnya tahu bahawa dia adalah seorang perempuan. Saya yang meneliti dokumen dirinya ketika dia ditemu bual untuk bekerja di cawangan bank sama di Kuala Lumpur.

“Dia adalah seorang yang baik dan tidak pernah menimbulkan masalah di tempat kerja. Namun dia agak berahsia dengan kehidupan peribadinya dan kami jarang bergaul selepas waktu kerja.”

Sebelum ini, kes tular pengkid ini telah mendapat perhatian ramai sehingga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh meminta agar tindakan tegas ke atasnya diambil supaya perkara ini tidak menjadi ikutan.

 

Baca: “Aku harap kau bertaubat” – Wanita Didakwa Pengkid Tunai Umrah di Makkah, Siap Pakai Ihram?

Pengkid Tunai Umrah Pakai Ihram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.