in

“Penghinaan ilmu”- Dipercayai Baling Buku Dalam Sungai Lepas SPM, Remaja Jadi Bahan Kecaman Netizen

Feature 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini viral di media sosial tentang pelajar yang menconteng carutan pada guru di baju sekolah. Kalau ya pun nak celebrate habis exam, ada banyak je cara lain untuk sambut hari kebebasan dari sekolah. 


Kali ini, tular pula video seorang pelajar lelaki yang mencampak buku-buku pelajaran ke dalam sungai, lapor Kosmo!

Dia dipercayai baru sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Photo6203842266800434179

Difahamkan, video itu pada mulanya dimuat naik di platform TikTok sebelum tersebar ke semua media sosial lain.

*Pelajar campak buku dalam sungai dikecam*??✍?…………………………..PETALING JAYA – Belum reda kecaman…

Posted by Kelab Info Malaysia on Friday, March 5, 2021

 

Remaja terbabit kini teruk dikecam netizen tak kira sama ada di Facebook ataupun di Twitter. Video tersebut yang telah viral juga telah ditonton sebanyak 90 ribu kali oleh netizen di Twitter.

Sekolah 1

Rata-rata netizen berpendapat remaja tersebut tak sepatutnya buat macam tu kalau nak lupuskan buku tu sekali pun. Rasanya lagi elok kalau recycle atau bagi je dekat orang yang lebih memerlukan. Tak pasal-pasal dah jadi pencemaran sungai. 

Sekolah 2

Manakala di Facebook pula, ramai yang mengatakan keberkatan ilmu itu juga datang daripada rasa hormat kita terhadap buku iaitu sumber ilmu tu sendiri. Ada juga yang kongsikan yang dorang masih simpan buku-buku ketika zaman belajar sebab nak simpan memori.

Sekolah 3

Ada juga yang berpendapat menuntut ilmu ni bukan setakat sekolah menengah je.

Sekolah 4

Buku sekolah rendah pun still ada lagi yang admin simpan sebab sayang nak buang. Apa-apa pun, rasanya tak ada masalah kalau nak buang buku tapi korang kena lah lupuskan dengan cara yang betul. 

Baca: “F*ck cikgu!”- VIRAL! Netizen Bengang Budak Sekolah Biadap, Conteng Baju Mencarut Pada Guru

Sekolah

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.