in

Penghantar Makanan Terbabit Nahas Pesawat Rupanya Dalam Perjalanan Hantar Sup ‘Gearbox’

Ft Rider Elmina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penghantar makanan yang menjadi mangsa dalam nahas yang melibatkan pesawat Beechcraft Premier 1 di Elmina baru-baru ini didakwa menerima tugasan terakhir untuk menghantar sup ‘gear box’ kepada pelanggan di Bukit Jelutong, Shah Alam, kira-kira dua minit sebelum kejadian berlaku.

Mangsa, Muhammad Hafiz Muhammad Salleh, 32 tahun, difahamkan sudah selesai menghantar makanan kepada seorang pelanggan di Jalan Elektron, U16 Shah Alam.


Perkara tersebut didedahkan oleh ketua ‘rider’ Zon Subang 2, Mohd Fairuz yang menjelaskan, mangsa baru sahaja selesai menghantar makanan dari sebuah kedai makanan di kawasan berkenaan dan sepatutnya berehat pada jam 3 petang.

Whatsapp Image 2023 08 18 At 00.44.05

Pun begitu, beliau menerima tempahan penghataran dari sebuah kedai sup ‘gear box’ di Bukit Jelutong untuk dihantar ke pelanggan di kawasan sama pada jam 2.41 petang.

Menurut Fairuz, sistem menyatakan dia ada menerima tempahan tersebut dan berkemungkinan sedang dalam perjalanan ke Bukit Jelutong sebelum terbabit dalam nahas berkenaan.

Mengulas lanjut, Fairuz juga berkata, penghantaran sup gearbox tersebut terhenti dengan sendiri apabila sistem tidak dapat mengesan kemaskini kedudukan Global Positioning System (GPS) Muhammad Hafiz.

“Sekitar 2.57 petang, sistem terhenti sendiri disebabkan mangsa tidak sampai-sampai ke lokasi”

Menurutnya lagi, pada waktu yang sama GPS langsung tidak dapat mengesan keberadaan Muhammad Hafiz dan kumpulan penghantar menjangkakan ketika itulah mangsa terbabit nahas dan telefonnya juga mungkin meletup.

F3T1Kokakae5Aeh

Tambah beliau lagi, mangsa sepatutnya berehat seketika daripada tugasan pada  jam 3 petang dan akan menyambung semula tugasan pada jam 4.45 petang.

Pada awalnya, kumpulan penghantar di Subang 2 tidak menjangkakan langsung kejadian tersebut menimpa rakannya dan perkara itu hanya diketahui membabitkan Muhammad Hafiz sekitar jam 8 malam.

Baca : “Sampai sekarang saya terbayang arwah minta tolong” – Saksi Sedih Tak Mampu Bantu Rider Nahas Pesawat Elmina

Nahas Elmina Saksi Tak Dapat Selamatkan Rider

Sumber: Kosmo
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.