Baru-baru ini, viral video di mana seorang pengetua sekolah Wang Yongxin dari sebuah sekolah menengah di Qiyang, China dilihat sedang berdiri di tong sampah kafeteria sekolahnya dengan memegang sepasang chopsticks.
Difahamkan, lelaki yang berusia 58 tahun tersebut menghalang pelajar-pelajarnya membuang makanan mereka lalu memakan sisa tersebut sambil diperhatikan oleh anak muridnya itu dengan rasa malu.
“Saya ingin memberi contoh pada anak murid, memberitahu bahawa membuang makanan berlebihan adalah tidak baik”
Perkara itu bukan sahaja telah mengejutkan pelajar-pelajar lain malah guru-guru di sekolah terbabit juga tidak percaya bahawa dia akan melakukan perkara tersebut. Lapor Xiaoxang Morning Post.
Dikatakan, pengetua terbabit akan memakan sisa makanan daripada tujuh orang pelajarnya tiga kali sehari sejak minggu lalu.
“Beberapa anak murid menghabiskan makanan selepas melihat saya makan sisa daripada kawan mereka”, Katanya lagi.
Mereka juga dengan sukarela memberitahu pihak kafeteria untuk menghadkan makanan yang mereka perlukan dan membantu mengurangkan ‘sampah tambahan’.
Walaupun niat yang ingin disampaikan itu bagus, namun penguna laman sosial mengkritik perbuatannya dan memberitahunya untuk menggunakan cara yang lebih selamat dan sihat.
Tetapi dia tidak melihat masalahnya. Katanya, semua makanan datang dari dapur yang sama dan semua murid dan guru makan di situ. Dia sudah menganggap muridnya macam anak-anaknya sendiri dan tiada batas dalam fikirannya.
Pada tahun ini, kerajaan China telah mengeluarkan undang-undang kepada restoran untuk meninggalkan sisa makanan dengan baik, berikut merupakan usaha berterusan untuk mengatasi masalah pembaziran makanan yang semakin meningkat. Lapor The Guardian.
Sampai macam tu sekali eh. Harap kesihatan pengetua tu sihat.