Pengasas platform tukaran matawang kripto Thodex, Faruk Fateh Ozer, dijatuhi hukuman penjara selama 11,196 tahun oleh mahkamah Turki baru-baru ini.
Menurut laporan, Ozer melakukan aktiviti jenayah ini bersama dua abangnya yang mana turut menerima nasib yang sama dan hukuman yang dikenakan itu atas pelbagai jenayah yang telah dilakukan mereka termasuklah penipuan.
Ozer merupakan seorang pelajar yang tercicir dari sekolah menengah dan suspek mengasaskan Thodex pada tahun 2017 sebelum platform berkenaan terkubur pada 2021 dan melarikan diri ke Albania.
Mahkamah Turkiye mendapati dia dan dua abangnya bersalah atas pelbagai kesalahan termasuklah penipuan, pengubahan wang haram dan menubuhkan organisasi jenayah.
Difahamkan, suspek pada awalnya dilaporkan melarikan diri dari Turkiye pada April 2021 bersama-sama aset pelabur bernilai AS$2 billion (kira-kira RM9.4 bilion). Pun begitu, angka tersebut dipertikaikan.
Artikel berkaitan : “Sampai terpaksa jual rumah dan kereta”- Lelaki Rugi Lebih RM1.3 Juta Lepas Main Bitcoin
Artikel berkaitan : Kalau Korang Ada 7 Aplikasi Ni Dalam Phone, Korang Mungkin Sedang Diintip!
Menurut pendakwa raya, Ozer telah memindahkan 250 juta lira (RM 43.5 juta) dalam aset pengguna ke tiga akaun rahsia ketika melarikan diri dari Turkiye dan sebahagian besar wang tersebut berakhir di bank Malta.
Secara keseluruhan, dakwaan menyatakan tiga beradik Ozer itu telah menyebabkan pelanggan kerugian sebanyak 356 juta lira atau kira-kira RM62 juta!
Namun begitu, kerugian sebenar yang dialami oleh para pelabur apabila Thodex terkubur masih tidak jelas kerana media di Turki ada melaporkan angka kerugian adalah AS$ 2 bilion atau sekitar RM9.3 bilion.
Sementara itu, kajian yang dijalankan oleh Chainalysis menganggarkan nilai wang kripto yang hilang dalam platform berkenaan adalah sekitar RM12 bilion.
Walau bagaimanapun, Ozer langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi menyesal, sebaliknya dia hanya membidas dakwaan penubuhan organisasi jenayah yang menurutnya tidak tepat.
Sumber : The Seattle Times