in

“Pengantin dah berarak, makanan belum sampai.” – Ramai Pelanggan Tertipu Dengan ‘Wedding Planner’ Ini

Katering Feature2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Pengantin dah berarak, makanan belum sampai." - Ramai Pelanggan Tertipu Dengan 'Wedding Planner' Ini
Loading
/

Pelbagai aspek perlu diambil kira ketika membuat persiapan perkahwinan. Semestinya sebelum membuat apa-apa keputusan, kita harus periksa latar belakang atau feedback dari pelanggan tentang perancang perkahwinan yang ingin diupah dan dibayar.


Bagaimanapun, perkongsian seorang wanita baru-baru ini membongkar rahsia penipuan syarikat perancang perkahwinan yang dikenali ramai dan mempunyai beberapa cawangan.

“Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya hati. Majlis yang sepatutnya meriah. Hakikatnya, malu yang kami sekeluarga dapat.”

Komen5
sumber: facebook

Wanita itu turut memuat naik beberapa gambar menunjukkan meja makanan di bawah khemah kosong disaat tetamu sudah ramai berada di majlis tersebut. Kesiannya kena aniaya macam ni.

Katering1
sumber: facebook
Katering2
sumber: facebook

Sebuah video dirakam oleh seorang wanita juga tular menceritakan tentang majlis perkahwinan adik iparnya yang mempunyai masalah apabila pihak katerer tidak hadir menghantar makanan yang ditempah meskipun majlis sudah berlangsung.

Status itu berbunyi,

“Simpati kepada pasangan pengantin, majlis yang patut nak gembira, nak ingat sampai tua, tapi makanan tak sampai-sampai. Rupanya dah banyak kes wedding planner ni.”

Lebih teruk lagi, di dalam video itu jelas kelihatan pengantin sudah berarak menuju ke rumah! Menurut wanita itu, tetamu hanya dihidangkan nasi beserta satu jenis lauk yang dimasak ahli keluarga pada saat-saat akhir.

Sumber: Facebook

Netizen yang menonton video dan membaca status itu rata-rata memberi komen tentang pengalaman mereka menjadi mangsa perancang perkahwinan yang sama.

Komen1
sumber: facebook
Komen2
sumber: facebook
Komen3
sumber: facebook

Kini, Facebook page perancang perkahwinan itu dibanjiri komen-komen negatif dan maki hamun dari netizen yang sakit hati serta mereka yang pernah menjadi mangsa penipuannya.

Marah1
sumber: facebook
Marah2
sumber: facebook
Marah3
sumber: facebook

Tidak lupa juga beberapa netizen yang menyarankan mereka yang pernah menjadi mangsa penipuan perancang perkahwinan itu untuk bersama-sama bersatu untuk melaporkannya ke pihak berwajib dengan segera.

Saranan1
sumber: facebook
Saranan2
sumber: facebook

Difahamkan, beberapa individu yang pernah menjadi mangsanya sudah pun membuat laporan polis dan bakal mengambil tindakan selanjutnya.

Kenapalah sampai aniaya orang macam, ramai pihak menanggung malu disebabkankan hal sebegini. Kepada bakal pengantin, hati-hati memilih perancang perkahwinan. Check feedback dulu!

Baca: Wanita Ini Kongsi Bajet Kahwin RM6,000 Tetapi Dikritik Netizen

Bg1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.