in

“Pengalaman gila dalam hidup kami” – Bapa Kongsi Detik Anak Hampir Jadi Mangsa C*lik Di Kawasan Perumahan

Ft Anak Diserang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu detik cemas menimpa keluarga seorang lelaki dikenali sebagai Nett Adnan apabila anaknya hampir tergadai nyawa disebabkan sikap manusia yang kejam. Menurutnya, anaknya hampir diculik dan dijadikan mangsa keganasan fizikal oleh individu yang tak dikenali tanpa sebab.

Menerusi hantaran di Facebook, kejadian ini berlaku pada 29 Januari lepas di sebuah kawasan perumahan dekat Taman Bakawali, Bukit Sentosa 3 di Rawang, Selangor kira-kira jam 6.50 petang.


Artikel berkaitan: Tak Mahu Ke Sekolah, Pelajar Sekolah Reka Cerita Diculik Gara-gara..

Artikel berkaitan : Polly Klaas: Diculik Ketika Sedang Tidur, Kes Kanak-Kanak 12 Tahun Yang Ubah Undang-Undang AS

“Selalu baca dalam medsos pasal jenayah, hari ni jadi dekat keluarga sendiri”

Menurut Nett, kejadian itu berlaku sewaktu tiga orang anaknya sedang berjalan kaki untuk ke pasar malam yang jaraknya kira-kira 500 meter dari rumah.

Kanak Kanak Tauma

“Biasanya mmg aku takkan lepaskan dorang pergi sendiri walaupun dekat, tapi harini nk jadi cerita aku dgn isteri kurang sihat..

So aku izinkan dorang bertiga pergi sendiri. Siapa sangka taman perumahan yang selalunya aman, tak pernah ade apa jenayah sepanjang aku duduk kat sini, tiba-tiba terjadi kat anak sendiri.”

Kanak Kanak Tauma 2
Si pelaku
Kanak Kanak Trauma 34Jpg
Pelaku, nett dakwa pelaku bukan oku dan tiada masalah sakit mental

Jelasnya, ketika anak-anaknya lalu di depan rumah pelaku, tiba-tiba pelaku tersebut mengejar anak perempuannya, Raisha Falisha dan menangkapnya masuk ke dalam rumah. Jelasnya, abang kepada Raisha yang bernama Eqii pada waktu itu mengejar dan cuba menyelamatkan adiknya.

Kanak Kanak Trauma 3

Menyedari kegiatan jahatnya terganggu, pelaku itu melakukan satu tindakan gila terhadap anak kecil ini sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

“Waktu ni adik dah kena tarik sampai nak dia ke tingkat atas… Bila abang menjerit minta tolong lelaki ni mula mengamuk. Si*l ni pijak, sepak, tendang kepala adik berkali-kali. Last sekali die cekik adik.”
Kanak Kanak 5

Bagaimanapun, mujur ada jiran yang tersedar akan kejadian itu dan selamatkan si adik. Melihatkan keadaan anak-anaknya itu agak teruk sehingga muka berlumuran darah, Nett berkata, ketiga-tiga anaknya itu kini masih lagi trauma dan pelaku difahamkan sudah ditahan polis.

Sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kes tersebut.

Sumber : Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.