Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada mengatakan bahawa mereka tidak menolak kebarangkalian dos penggalak akan menjadi pelengkap vaksinasi.
Sebentar tadi melalui sidang media, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan status vaksinasi akan dipaparkan sebagai tak lengkap sekiranya dos penggalak tidak diambil.
Kumpulan yang terkesan dengan perkara ini adalah semua yang berusia 60 tahun ke atas yang telah lengkap vaksinasi dan semua penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas.
Golongan yang terlibat ini perlu mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya pada akhir Februari 2022 bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap.
Jika kumpulan individu ini tidak menerima dos penggalak selepas Februari 2022, status vaksinasi mereka akan ditukar kepada ‘tidak lengkap’.”
Khairy turut menambah, semua individu yang berusia 60 tahun ke atas dan telah mendapatkan dua dos vaksin tak kira jenis vaksin juga perlu mengambil dos penggalak.
Menurut Khairy, keputusan KKM ini adalah selaras dengan saranan Pakar Imunisasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (SAGE).
Jawatankuasa Imunisasi Covid-19 – Booster (CITF-B) juga telah pun meluluskan cadangan ini pada 8 Disember lalu.
Semua 60 tahun ke atas yang telah lengkap vaksinasi (semua jenis vaksin) dan semua penerima vaksin Sinocav berusia 18 tahun ke atas perlu dapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya pada akhir Februari 2022 untuk mengekalkan status vaksinasi lengkap.
— Aysha Ridzuan (@ayshardzn) December 16, 2021
Untuk pengetahuan korang, temujanji dos penggalak bagi golongan layak akan diberikan melalui SMS dan MySejahtera dan korang juga boleh mendapatkan dos penggalak ini secara walk-in.
Baca: KJ Beri Bayangan Untuk Jadikan Dos Penggalak Sebagai Pelengkap Vaksinasi