in

Penduduk Kuala Lumpur Kemungkinan Terdedah Pada Masalah Kesihatan Mental & Stress?

Penduduk Kl Paling Stress

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hiruk pikuk dan kesibukan kehidupan di bandar boleh mendatangkan masalah kesihatan mental kepada penduduk menurut pakar dan jika dibandingkan dengan mereka yang menetap di kawasan luar bandar.


Selain itu, penduduk kota lebih berkemungkinan mengalami gangguan mood dengan kadar keadaan kesihatan mental yang lebih tinggi. Malah, ramai penduduk bandar sedang bergelut untuk menghadapi peningkatan kos sara hidup, terutamanya selepas COVID-19.

Perkara tersebut didedahkan oleh Pakar Psikiatri dan Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Prof Datuk Dr Andrew Mohanraj baru-baru ini.

Untitled Design

Menurutnya, bagi penduduk bandar, untuk mengekalkan standard dan gaya hidup akan memberikan tekanan pada mereka untuk berusaha lebih keras dan terpaksa memperoleh pendapatan yang lebih besar berbanding mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Secara tak langsung perkara ini akan menjurus kepada pengurusan kewangan yang lemah dan juga pengumpulan hutang yang tinggi.

Tambahnya lagi, senario yang berlaku selepas Covid-19 memaksa ramai penduduk terutamanya di kawasan bandar menanggung kos sara hidup yang tinggi selain terpaksa mengatasi masalah ketidakpastian pekerjaan yang mana merupakan faktor yang menyebabkan peningkatan tekanan psikologikal dalam kalangan penduduk bandar.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa juga telah membawa isu yang seakan-akan sama iaitu penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan negeri yang mempunyai bilangan orang tertekan dan cemas paling tinggi di negara ini.

Perkara itu didedahkan dalam saringan kesihatan mental yang diadakan pada 2022  melibatkan 336,900 individu dan mendapati 70 peratus daripada penduduk Kuala Lumpur adalah yang paling terjejas oleh kemurungan dan kebimbangan disebabkan beberapa faktor termasuk kos sara hidup yang tinggi.

Dr Zaliha juga berkata kajian itu mendedahkan bahawa mereka yang paling terdedah adalah mereka yang berada dalam kumpulan B40 dan miskin bandar, sambil menyatakan bahawa kebanyakan isu kesihatan mental yang menjejaskan remaja dan belia adalah disebabkan masalah kewangan dan perhubungan.

Pexels Adil Alimbetov 303159 1

Faktor lain termasuk buli, tingkah laku berisiko tinggi, penyalahgunaan dadah, harga diri yang rendah atau mempunyai harapan yang tinggi terhadap diri sendiri.

Namun, menurut Dr Zaliha, sebanyak 1,161 klinik kesihatan, 58 hospital, 34 pusat kesihatan mental masyarakat (MENTARI) dan empat institusi mental disediakan serta dilengkapi untuk pencegahan, pengesanan awal dan pemulihan masalah kesihatan mental.

Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499)

Baca : Penduduk Labuan Paling Bahagia Di Malaysia Menurut Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia

Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia 2021

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.