in

Penduduk Di Sulawesi Gelarkan Tempat Ini ‘Hotel Berhantu’ Disebabkan…

Hantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas dilanda gempa bumi dan tsunami yang teruk, ramai mangsa di Sulawesi didapati meninggal dunia akibat tertimbus dihempap bangunan dan tanah yang runtuh di sana.


Lebih menakutkan, penduduk di sekitar kawasan bencana mula menggelarkan sebuah hotel sebagai ‘hotel hantu’ apabila dikatakan hampir 100 orang mati tertimbus hidup-hidup dan masih belum dikeluarkan dari dalam bangunan Hotel Mercure, Palu. Aduhai!

 

Hotel terbenam dalam tanah, mangsa terperangkap

Menurut Harian Metro, hotel di Palu tu sememangnya amat digemari pelancong asing sebab ia terletak kat tepi pantai Talise. Tetapi malangnya, sejurus hotel tu dihentam tsunami, tetiba je tanah jadi mendap dan tingkat paling bawah hotel tu terbenam ke dalam tanah.

Mayat 100 mangsa yang terperangkap ni kebanyakkannya pelanggan dan penghuni hotel tersebut. Macam manapun, lepas 10 hari kejadian berlaku, mayat masih gagal dikeluarkan sebab kekurangan anggota pasukan penyelamat dan tak ada kemudahan jentera berat.

 

Bau busuk makin kuat

Penduduk tempat bernama Yulia M Sohaimi, 34 berkata, bau busuk mayat dari dalam hotel tu makin kuat setiap hari tapi malangnya tak ada usaha lagi untuk mencari semua mangsa disitu.

“Mungkin pihak sukarelawan lebih memberi fokus mencari mangsa di kawasan tragedi Balaroa dan Petobo berikutan jumlah mangsa yang lebih ramai.

“Bagaimanapun kelmarin, ada anggota Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas) berjaya menemui mayat seorang lelaki yang mati tersepit di tingkat dua hotel itu,” katanya.

Malah proses nak keluarkan mayat pun ambil masa yang lama sebab bangunan tak stabil dan mangsa pulak ada di celah-celah runtuhan.

 

Tak berani dekati hotel lepas tahu ramai mati di situ

Sungguhpun ada pasukan penyelamat Perancis yang guna alatan teknologi tinggi untuk kesan pergerakan manusia masih hidup dan terperangkap, macam mana pun usaha tu tak membuahkan apa-apa hasil.

Seorang penduduk kat daerah Donggala, Nurhayati Heryanto, 40, berkata, penduduk kat situ pun dah tak berani nak dekati hotel tu lepas sedar ramai mangsa yang mati tertimbus dalam hotel terbiar itu. Fuh serem bangat!

Takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam bencana di Palu. Harap-harap lebih banyak lagi penyelamat yang turun supaya mayat yang tertimbus boleh dikeluarkan dengan segara. 

Baca: “700 orang terkubur hidup-hidup” – Lelaki Ini Kongsi Suasana Hiba Keadaan Di Palu Yang Ditenggelami Lumpur

Palu Donggala

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.