in

Penduduk Berang Jiran Jemur Pork Belly Di Tempat Jemuran Pakaian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sifat toleransi dan bertimbang rasa amat penting dalam kehidupan berjiran, lebih-lebih lagi jika anda menetap di kawasan yang ramai penduduk seperti pangsapuri atau flat.


Terbaru, seorang lelaki meluahkan rasa kecewa dan jijik apabila jirannya menjemur isi perut khinzir (pork belly) di tempat jemuran yang sepatutnya digunakan untuk menjemur pakaian. Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah pangsapuri di Singapura.

Lelaki yang dikenali sebagai Steven Tan itu berkata, dia dan penduduk yang lain terkedu dan berasa kurang selesa apabila terlihat jemuran pork belly itu. Dia turut menyifatkan jirannya itu mementingkan diri sendiri dan pengotor.

“Saya dan jiran yang lain terdiam. Apa perasaan anda jika ternampak kejdian ini? Saya yakin anda juga akan marah. Adakah mereka menjual homemande bacon? Mereka pentingkan diri sendiri dan pengotor”

Kebiasaannya, proses penjemuran makanan adalah bertujuan untuk mengurangkan kelembapan pada makanan dan juga untuk memerap daging untuk rasa yang lebih enak.

Bagaimanapun, kejadian tersebut sudah pun dilaporkan kepada pihak berwajib dan penghuni kediaman berkenaan telah diberikan amaran.

 

Sumber: Steven Tan

 

BACA: “Ada sikit rasa macam ayam” – Wartawan Muslim Ini Diberi Peluang Untuk Rasa Sendiri Bánh Mì Khinzir Tapi Bebas Khinzir?

Sumber: Steven Tan
Sumber: Steven Tan
Sumber: Steven Tan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.