in

Pendakwah Tegur Lelaki Sengaja Buka Puasa Sebab Nak Teman GF Datang Bulan Makan

Puasa 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berpuasa di bulan Ramadan adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam melainkan ada sebab-sebab tertentu yang menghalang seperti perempuan yang keluar darah haid dalam bulan tersebut.

Tular di media sosial baru-baru ini apabila ada seorang lelaki dari negara seberang yang sengaja berbuka puasa gara-gara hendak menemani teman wanitanya yang tidak dapat menunaikan kewajipan tersebut.


Boyfriend rela tak puasa sebab nak teman makan

Dalam video tersebut, gadis itu telah merakam gelagat teman lelakinya yang selamba minum air di sebelahnya. Lelaki itu dikatakan sengaja membatalkan puasa demi menemani teman wanitanya yang tidak dapat berpuasa kerana sedang datang bulan.

Teman lelaki aku rela batal puasa demi teman aku makan sebab aku tengah datang bulan dan dia tak mahu aku makan sendirian.

Video yang tular itu telah mendapat kecaman netizen sehingga seorang pendakwah dari Malaysia iaitu Da’i Wan menegur perbuatan pasangan berkenaan.

@ywd.id

Makasih ya. Jangan lupa di ganti #ywdid #ywdmedia

♬ suara asli – kosong – kosong

“Dua-dua tidak berpengetahuan”

Menerusi hantaran Da’i Wan di instagram, dia menganggap pasangan tersebut mungkin tidak mengetahui secara mendalam tentang hukum berbuka puasa dengan sengaja.

Sekiranya ada lelaki begini, ini namanya dua-dua sedang berada dalam keadaan yang tidak berpengetahuan. Baik yg lelaki, mahupun perempuan itu.

Pendakwah itu berkata, lelaki tidak boleh membatalkan puasa dengan sengaja kecuali dengan alasan yang munasabah. Jika tidak, hukumnya adalah haram dan berdosa besar dan puasa itu tidak boleh diganti sama sekali.

Artikel berkaitan: Betul Ke Tak Boleh Pakai Lipstik Ketika Berpuasa? Ini Kata Ustaz Wadi Annuar

Artikel berkaitan: Aaisyah Nak Bertudung Di Bulan Puasa, Che Ta Pesan Tutup Aurat Ikut Perintah Allah Bukan Manusia

Jika dipandang dari sudut hukum, berdosa besar dan paling malang, kalian tidak sama sekali akan dapat menggantikan puasa itu lagi sampai bila-bila. Hilanglah 1 hari dalam Ramadan pada tahun itu, yang tidak akan boleh diganti, dituntut, atau nak ditebus. Ia akan kekal menjadi dosa besar dalam perhitungan akhirat nanti.

Dia turut menegur lelaki tersebut yang sanggup melanggar perintah Allah demi cinta kepada pasangan.

Ulama punyalah marah dgn mereka yang sengaja meninggalkan ibadah puasa, tetapi kita sanggup demi ‘Cinta’, bahkan boleh meninggalkan ibadah puasa. What nonsense is this.

Malu saya sebagai pendakwah bila melihat orang Islam kita masih ada yang belum cukup ilmu pengetahuannya.

Bagaimanapun, Da’i Wan turut menasihati anak muda untuk tidak bercinta terlalu awal agar tidak terbawa-bawa dengan hawa nafsu sendiri.

Cinta itu boleh dipandukan walaupun ia buta, dengan tambahkan ilmu agar senantiasa ada di dada. Baik yang lelaki ataupun perempuan. Bukankah bercinta dengan memiliki ilmu lebih manis untuk dimanfaati bersama.

Hidupkan cinta dengan ilmu. Biar cinta itu menjadi lilin yang boleh menerangi gelap keadaan orang lain pula.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Da’i Wan (Official) (@wandazrin)

Meninjau di ruangan komen, ramai netizen pelik dengan perangai segelintir anak muda zaman sekarang.

Puasa 1 1 Puasa 2 1 Puasa 3 1

Harap benda ni boleh jadikan pengajaran..

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.