in

Pencetus Corak Permainan Samba, Ini Kejayaan Pele Sepanjang Hidupnya

Pele Meninggal Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia bola sepak berduka hari ini dengan pemergian seorang legenda, Pele atau nama sebenarnya Edson Arantes do Nascimento pada usia 82 tahun disebabkan kegagalan beberapa organ akibat perkembangan kanser kolon seperti yang disahkan oleh pihak hospital Sao Paolo.

Menurut laporan, selepas kematian Pele, Hospital Albert Einstein di Sao Paulo tersebut kemudiannya mengeluarkan laporan perubatan yang berbunyi, “Hospital Albert Einstein mengesahkan dengan kesal kematian Edson Arantes do Nascimento, Pelé, hari ini, 29 Disember 2022, jam 3:27 petang (waktu Brazil), disebabkan kegagalan beberapa organ, akibat daripada perkembangan kanser kolon yang dikaitkan dengan keadaan sebelum ini.


Pemergian pemain yang diakui oleh ramai sebagai pemain terhebat sepanjang zaman dan pemenang Piala Dunia tiga kali yang mencetus “permainan yang indah” atau corak permainan yang dikenali sebagai ‘Samba’ oleh pasukan Brazil.

Pele merupakan satu-satunya pemain yang telah memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali, iaitu pada tahun 1958, 1962 dan 1970. Paling manis, kejayaan pertama Piala Dunia pada 1958 dimenanginya ketika dia baru berusia 17 tahun 249 hari, menjadikannya sebagai pemain termuda yang memenanginya.

Selain itu, Pele juga memegang rekod sebagai pemain termuda yang menjaringkan gol di pentas kejohanan paling berprestij dalam dunia bolasepak tersebut ketika menentang pasukan Wales pada tahun 1958.

Digelar “O Rei” (Raja), dia menjaringkan lebih 1,000 gol sepanjang kariernya dan menjadi pemain yang paling diberitakan dalam dunia sukan, sebelum bersara pada 1977.

Pun begitu, keadaan kesihatan legenda tersebut mula merosot, difahamkan, Pele bertarung dengan masalah buah pinggang dan kanser kolon dan telah menjalani beberapa siri pembedahan dan yang terakhir pada September 2021, diikuti dengan kemoterapi.

Pele mula mendapat perhatian sejak berusia 15 tahun, apabila dia mula bermain secara profesional bersama Santos dan memenangi banyak kejohanan termasuk Piala Antara Benua dua kali berturut-turut, menentang Benfica pada 1962 dan AC Milan pada 1963.

121792268 3923559187663171 1566169461269638814 N

Selain itu, beliau cukup digeruni oleh pihak lawan kerana gaya permainan yang lain daripada yang lain ketika waktu tersebut dan mencetus apa yang dipanggil “bola sepak samba” di Brazil, di mana dia diisytiharkan sebagai “khazanah negara”.

Tidak cukup sumbangannya di padang, Pele juga pernah menjadi bintang filem, penyanyi, dan pernah dilantik sebagai menteri sukan (1995-1998) yang juga salah seorang ahli kabinet kulit hitam pertama di Brazil.

Sumber : Stadium Astro | The Vibe

Baca : Lagenda Bola Sepak Diego Maradona Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Di Usia 60 Tahun

Collage 47

Sumber: Pele

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.