Apa cara yang bos korang lakukan di pejabat untuk pastikan pekerja sentiasa produktif dan boleh siapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan supaya tak perlu buat overtime?
Bagi seorang bos di sebuah syarikat di China ini pula, dia telah mengambil langkah yang boleh dikatakan agak extreme apabila dia memutuskan agar setiap stafnya perlu menunjukkan peratusan penggunaan bateri telefon pintar sebelum pulang ke rumah.
Memetik laporan Oddity Central, ini adalah untuk memastikan setiap seorang dari mereka kekal produktif di tempat kerja dan tidak menggunakan handphone untuk main game atau media sosial dengan kerap.
Netizen negara itu telah mengecam tindakan bos tersebut kerana ada yang menganggap ia adalah pencerobohan privasi pekerja.
Ia mula menjadi perhatian ramai selepas ada salah seorang daripada staf syarikat yang mendedahkan di media sosial bahawa bos mereka mahu melihat tangkap layar peratusan penggunaan bateri telefon sebelum balik. Katanya dorang kena hantar screenshot tu kat bos dorang.
Difahamkan, tindakan sedemikian telah diambil oleh bos tersebut kerana prestasi syarikat itu merudum beberapa bulan kebelakangan ini.
Namun, ada netizen yang menasihati pekerja di situ agar mencari kerja lain kerana ia tidak sepatutnya dilakukan.
Dalam masa yang sama, ada juga sesetengah netizen yang mengatakan mereka boleh bawa telefon bimbit kedua yang tidak digunakan di pejabat untuk ditunjukkan kepada bos.
Walau bagaimanapun, staf syarikat itu dipercayai tidak berani untuk berbuat apa-apa seperti melaporkannya kepada pihak yang sepatutnya kerana takut dibuang kerja. Betul jugak tu, dah la zaman sekarang ni susah jugak nak cari kerja baru.
Bos syarikat berkenaan kemudiaanya dikatakan telah tampil untuk menjelaskan perkara sebenar di mana mereka hanya mahu pastikan produktiviti staf meningkat.
Apa pulak pendapat korang? Agak-agak korang boleh terima ke kalau company korang pun buat polisi yang sama macam ni?
Sumber: Oddity Central