in

“Nak beli pun takut” – Pekerja Starbucks Dekat Airport Ini Pakai ‘PPE’ Masa Kerja

Ft Starbucks

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak bermulanya pandemik Covid-19, kita sudah tidak asing lagi jika orang mengenakan pakaian PPE terutamanya yang bekerja dalam sektor kesihatan ataupun sektor yang berisiko tinggi.

Tapi, yang memeranjatkan netizen adalah apabila staf Starbucks Lapangan Terbang Shenzhen, China mengenakan pakaian PPE semasa menyediakan minuman. Ini dikatakan berlaku selepas kes Covid-19 dapat dikesan di lapangan terbang tersebut.


“Macam dalam TV”

Starbucks E1630035103394

005Tglfmly1Gtthmkzidxj61Jk223E8102 E1630035294554

Gambar staf Starbucks lapangan terbang tersebut telah tersebar di sosial media China sejak hari Rabu yang lalu. Gambar yang diambil oleh pelanggan itu seolah-olah seperti makmal biologi atau menyerupai kilang narkotik macam dalam siri TV Breaking Bad.

Netizen yang jumpa gambar tersebut juga tidak lepaskan peluang untuk buat lawak tentang keadaan itu. “Mereka letak bahan kimia dalam minuman supaya semua orang dapat minum dengan tenang”.

“Oh.. Patutla”

Starbucks China telah mengeluarkan kenyataan di Weibo mengenai mengapa situasi tersebut berlaku. Dalam posting tersebut, mereka mensyaratkan pemakaian PPE pada stafnya semasa bekerja bermula pada hari Rabu (24 Ogos 2021) selepas mereka dibenarkan membukanya semula.

Pada pertengahan Jun yang lalu, semua kedai di Lapangan Terbang Shenzhen terpaksa ditutup selepas seorang staf lapangan terbang disahkan positif covid.

Sb China E1630035435591

Walaupun kita jarang tengok pekerja kafe atau barista pakai baju PPE, tapi min yakin bahawa ini merupakan cara yang bagus untuk putuskan rantaian Covid-19. Setidaknya dapatlah kurangkan kes covid.

Cuba kalau dekat Malaysia, min pun takut nak pergi.

Baca: Kasihanilah kami Siang Malam Berperang Dengan Musuh Yang Kami Sendiri Tak Nampak Frontliner

Frontliner E1630035781656

Sumber: Reddit
Sumber: Weibo
Sumber: Flyert

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.