Nama transgender Safiey Ilias sekali lagi menjadi sebutan ramai selepas penceramah bebas, Akhi Fairuz Al-Jengkawi telah menegur perbuatan individu tersebut yang agak keterlaluan baru-baru ini.
Menerusi perkongsian Akhi di Facebook, dia menegur Safiey yang didakwa telah melakukan satu sesi IG live pada awal pagi bersama dua orang remaja lelaki di bawah umur berusia 14 dan 15 tahun.
Dalam sesi live tersebut, Safiey dikatakan telah melakukan perkara tidak senonoh iaitu dengan menggoncangkan dadanya dan menghisap vape di hadapan remaja tersebut. Aduhai!
“Mak bapak budak-budak ni tak ada kat rumah ke sampai tak perasan anak buat aktiviti gini”
Akhi yang ternyata bengang dan tidak setuju dengan perkara yang dilakukan Safiey telah membangkitkan beberapa perkara antaranya ialah tanggungjawab ibu bapa dalam membimbing anak mereka yang masih remaja ini supaya tidak terjerumus dengan perkara yang tak senonoh berkenaan.
Maaf nak tanya, mak bapak budak-budak ni tak ada kat rumah ke sampai tak perasan anak buat aktiviti gini pukul 1.50 pagi?
“Saya faham kedua budak ini sudah meningkat usia remaja, namun tanggungjawab untuk mendidik, menasihati serta mendidik tu tetap terletak di bahu mak ayah,” katanya.
Dalam pada itu, dia juga mempersoal mengapa pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan kepada golongan seperti ‘Safiey’ yang dilihat berleluasa dalam mempamerkan kehidupan mereka yang songsang di media sosial.
“Sampai sekarang saya tak faham kenapa pihak berautoriti hanya membiarkan pondan-pondan popular ini berleluasa menunjukkan lifestyle songsang mereka di media sosial. Macam-macam provokasi yang dah dibuat.
“Tanpa rasa bersalah, mereka tunjuk klinik mana tempat mereka bedah, cucuk sana sini, pakai begitu begini, kejap jadi lelaki, kejap jadi pondan serta memberi idea serta ‘inspirasi’ kepada budak-budak lain jadi seperti mereka.
“Kesian maknyah lain terpalit sama. Depa ada je yang nak berubah, cari rezeki halal, tapi sebab pondan-pondan poyo ni, dengan mereka-mereka sekali kena,” tambahnya lagi.
Akhi juga sempat berpesan supaya ibu dan bapa pantau anak mereka dengan memuat turun aplikasi Google Family supaya mereka boleh pantau apa yang anak mereka tonton, main dan mengehadkan penggunaan gajet.
Dia juga berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya kepada Safiey dalam isu ini.
Makin risau admin tengok perkara macam ni berleluasa. Harap pihak berwajib ambillah tindakan.