Pertama kali beraksi di kejohanan tertinggi, beregu boling padang negara, Nur Ain Nabilah Tarmizi dan Aleena Nawawi mencipta sejarah tersendiri.
Menamatkan penantian 15 tahun Malaysia dengan muncul juara di Kejohanan Boling Padang Dunia yang berlangsung di Gold Coast, Australia, semalam.
Artikel berkaitan: Tak Faham Sukan, Reaksi ‘Delay’ Kylian Mbappe Ketika Tonton Piala Dunia Ragbi Curi Tumpuan Ramai
Artikel berkaitan: “Menangis Aina Abdul dik” – Netizen Speechless Tengok Pakaian Johan Fashion Show Karnival Prasekolah 2023 Ini
Lebih istimewa mereka berjaya menewaskan pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel Birmingham 2022 dari Malta, Rebecca Rixon dan Connie Leigh Rixon 15-11 pada aksi final.
“Kali pertama kami beraksi di Kejohanan Dunia dan kami dapat apa yang kami mahukan,” kata Nabilah.
Sementara itu, Aleena, dia berbangga dapat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa walaupun mendapat tentangan sengit daripada lawan.
Kali terakhir Malaysia muncul juara dunia adalah menerusi Safuan Said dalam acara perseorangan lelaki pada 2008 di Christchurch, New Zealand.