in

“Penangan PKP” – [VIDEO] 14 Tahun Jadi Anak Bongsu, Remaja Tak Sangka Dapat Adik Baru

Fi Adik Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang jadi anak bongsu, mesti akan berasa sedikit untung sebab perhatian ibu bapa semestinya akan diberikan lebih kepada mereka. Lebih-lebih lagi kalau anak bongsu itu jarak umurnya agak jauh dengan abang atau kakak yang lain.


Namun apa yang terjadi kepada remaja ini, mungkin diluar jangkaannya apabila dia menerima adik baru sewaktu usianya sudah belasan tahun.

 

Umur kakak pun lebih 20 tahun

Perkongsian viral ini dimuatnaik oleh kakak kepada remaja itu yang dikenali sebagai Natasya melalui akaun @pienoll di TikTok.

Dalam video tersebut, terlihat dia menunjukkan gambar keempat-empat adik beradiknya bersama dengan si ibu.

Selain itu juga, wanita tersebut turut menunjukkan umur mereka semua di mana yang paling tua berusia 23 tahun dan si bongsu kini di tingkatan 2.

Namun apa yang menarik perhatian apabila di hujung video tersebut menyatakan bahawa mereka mendapat seorang lagi adik baru ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

@pienoll

Baby PkP #ZerolutionForEveryone #pkp

♬ Oh No – Kreepa

 

“Bongsu tak jadi”

Oleh sebab kehadiran ahli keluarga baru itu, maka gelaran ‘bongsu’ yang dipegang oleh adiknya selama 14 tahun itu berpindah kepada bayi tersebut.

Walaupun begitu, mereka semua menerima kehadiran bayi tersebut dengan hati terbuka. Dalam posting berlainan, nampak adik lelakinya itu sangat rajin menjaga bayi tersebut.

Apa yang lebih comel untuk ditonton, dia akan menjaga adik kecilnya itu setiap kali abang dan kakak-kakaknya tiada di rumah. Bukan itu saja, dia juga dilihat akan menjaga sehinggalah adiknya itu tertidur.

Posting video tersebut telah mendapat perhatian ramai, dan sehingga kini perkongsian berkenaan telah meraih lebih dari 1.3 juta tontonan.

@pienoll

Reply to @yattzainuddin Bongsu tak jadi yang jaga The Real Bongsu #ZerolutionForEveryone #pkp #babypkp

♬ Bombastic – >>𝙎𝙇𝙈||𝙥𝙬𝙢story✓

 

“Agak2 aku anak bongsu umur 26 tahun ni boleh dapat adik lagi tak?”

Meninjau ke ruangan komen, perkongsian tersebut nyata membuatkan rata-rata netizen menjadi terhibur bila melihat. Ada yang turut bergurau sama ada, mereka si bongsu ini akan menerima nasib yang sama seperti remaja berkenaan.

Selain itu juga, ramai yang berpendapat bahawa bayi tersebut sangat beruntung dan akan dibesarkan dalam adik beradik yang sangat penyayang.

Reak Adik Baru 1 Edit Reak Adik Baru 2 Edit Reak Adik Baru 3 Edit

Comel je tengok dia jaga adik baru tu. Tapi risau juga sekarang ni, sebab min pun anak bongsu? 

 

Baca : “Apasal aku yang berair mata ni?” – [VIDEO] Ramai Tersentuh Dengan Video Kanak-kanak Lelaki Menangis Sebab Risau Keadaan Ibu Lepas Lahirkan Adik Baru

Foot Adik Baru

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.