Kaki K-drama mesti pernah tengok drama Korea yang tengah hot di Netflix sekarang ni iaitu siri Hospital Playlist yang kini telah memasuki musim kedua. Kalau korang belum pernah tengok lagi drama ni, baik korang start tengok sekarang sebab memang best dan kelakar! Confirm tak akan menyesal punya lah.
Jadi, kali ini, kami nak kongsikan dengan peminat Hospital Playlist tentang lokasi penggambaran drama itu!
Menurut Cosmopolitan Phillipines, Yulje Medical Centre yang menjadi latar tempat utama dalam drama Korea ini merupakan sebuah hospital sebenar iaitu Ewha Womans University Seoul Hospital.
Memetik laporan daripada Korea Biomedical Review, hanya kafe, wad pesakit, taman, lobi hospital dan tempat parkir bawah tanah hospital itu yang menjadi lokasi penggambaran drama terbabit.
Fun fact : Basically what they only filmed on Ehwa Women University Hospital is the,
• Hospital lobby
• Cafe
• Patient care room
• Healing Garden 4th floor ( Ikjun & Gyeoul scene)
• 63 ward.The rest are from yulje medical center set that they built. #HospitalPlaylist pic.twitter.com/nhrZy005rU
— Anin⁺⁺ (@AninGalaxy) June 18, 2020
Manakala untuk babak-babak yang tidak memerlukan tempat berkenaan pula akan menjalani penggambaran di set lain yang direka khas untuk drama ini.
Selain itu, hospital yang sama juga pernah menjadi tempat shooting untuk drama Korea popular yang lain seperti Doctor John. Tak pelik kalau hospital ni nampak cantik dan nyaman dalam drama Hospital Playlist sebab hospital ini pernah memenangi anugerah dalam Korea Architecture Award pada 2019.
Korang boleh tengok sendiri tempat sekitar hospital ini yang dah muncul sebagai lokasi penggambaran dalam K-drama tu menerusi video YouTube Ewha Mindguide ini.
Selain itu, kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang di sebalik tabir pembikinan drama ini, boleh tonton video ini di YouTube.
Sumber: Cosmopolitan Phillipines, Korea Biomedical Review, YouTube Ewha Mindguide