in

Pemimpin Dunia Dijemput Untuk Upacara Pengebumian Ratu Elizabeth II Kecuali 6 Negara Ini!

Scdz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada isnin yang lalu, upacara penghormatan terakhir terhadap Ratu Elizabeth II telah diadakan di Westminter Abbey dan dihadiri oleh orang sebelum berlakunya pengebumian ataupun final resting jasad ratu tersebut.

Semasa upacara pengebumian berlangsung, ramai tetamu yang terdiri daripada ketua politik negara kepada ahli keluarga diraja dan orang kenamaan yang berbeza dari seluruh dunia telah hadir ke gereja St. George termasuklah negara Malaysia, diwakili oleh Yang Di-Pertuan Agong (YDPA).


The Yang Di Pertuan Agong And The Raja Permaisuri Agong V0 Nst2Yf9X3To91

Namun, korang tahu tak sebenarnya ada beberapa negara yang secara rasminya tidak dijemput oleh pihak diraja UK untuk menghadiri upacara pengebumian Ratu Elizabeth II? Jom min kongsikan!

6 negara tidak dijemput ke upacara pengebumian Ratu Elizabeth II

Menurut Independent, upacara pengebumian ini direkodkan sebagai perjumpaan antara pemimpin dunia yang terbesar dalam sejarah peradaban. Namun, ada enam yang ketinggalan untuk menyumbang rekod tersebut iaitu termasuklah negara Syria, Venezuela, Afghanistan, Russia, Belarus dan Myanmar.

“Ini merupakan acara antarabangsa yang terbesar pernah dianjurkan.”

Upacara pengebumian itu telah menyaksikan kira-kira 500 orang kenamaan dari seluruh dunia turun ke London untuk memberi penghormatan terakhir kepada ratu yang sudah lama memerintah itu.

Selain itu, Korea Utara, Nicaragua, dan Iran telah dijemput hanya di peringkat duta sahaja. Jemputan yang dikeluarkan oleh kerajaan British telah dihantar ke negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan UK.

UK tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Syria atau Venezuela manakala jemputan tidak dihantar ke Afghanistan atas sebab isu Taliban yang merampas kuasa setahun lalu.

Gettyimages 111356299

Myanmar juga antara negara yang tidak dijemput kerana berlakunya rampasan kuasa oleh anggota tentera yang berlaku tahun lalu manakala Rusia pula pada asalnya mempunyai hubungan diplomatik dengan UK namun runtuh selepas tindakan Rusia melancarkan perang terhadap Ukraine.

Myanmar Military Arms March 27 2017 E1555482208633

20220916 Dsc7864 Custom 17D132176Ad63A66022B20Eacee9Ff2F3308Bfd0 S1100 C50

Belarus juga turut mendapat tempias tidak dijemput ke upacara pengebumian kerana membuat keputusan untuk menyokong Rusia dalam peperangan terhadap Ukraine.

Belarus E1645692364904

Edward William Fitzalan-Howard, pihak yang menguruskan upacara itu telah mengatakan bahawa niatnya menjemput semua pemimpin dunia adalah kerana ingin menyatukan dan merapatkan hubungan antara negara selain memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II.

Oooo min pun baru tahu rupanya ada negara yang tak dijemput juga..

Baca: The Royal Vault: Jasad Ratu Elizabeth II & Kerabat Diraja UK Dari Kurun ke-15 Rupanya Tidak Ditanam Tapi….

Ase 758X399.Jpg

 

 

 

Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.