in

Pembunuhan Tragis Sylvia Likens: Dipukul Hingga Patah Tulang, Dipaksa Makan Tahi & Minum Air Kencing Sebelum Kemaluan Disula Hingga Maut

Sylvialikens

Selalu yang jadi mangsa dera pengasuh mesti bayi atau kanak-kanak kan? Tapi, kali ni admin nak cerita pasal pengasuh dera remaja. “Pembunuhan Sylvia Likens” ini merupakan jenayah paling kejam pernah dilakukan di daerah Indiana, Amerika Syarikat. Jom baca.

Sylvialikensphoto
Sylvia likens, 1965

Pembunuhan tragis Sylvia Likens

Sylvia Likens dilahirkan pada 3 Januari 1949. Dia merupakan anak ketiga dari lima adik beradik Diana, Danny, Jenny dan Benny. Keempat adik beradiknya merupakan pasangan kembar.

Ibu bapanya iaitu Lester dan Betty merupakan pekerja karnival. Jadi, apabila mereka pergi bekerja, pasangan ini sering menumpangkan anak mereka di rumah saudara mara supaya tak ketinggalan dalam pelajaran.

Pada Julai 1965, Lester dan Betty berpisah. Sylvia dan Jenny dijaga oleh Betty. Manakala Diana telah berpindah dan berkahwin. Adik beradik lelakinya pula, iaitu Danny dan Benny tinggal bersama atuk dan nenek mereka.

Kerana kehidupan mereka susah, Betty memilih untuk mencuri barang di kedai dan akhirnya ditangkap dan dipenjarakan. Disebabkan Betty telah ditangkap, hak penjagaan berpindah kepada Lester. Namun disebabkan dia perlu bekerja di karnival, Lester tidak mempunyai masa untuk menjaga Sylvia dan Jenny.

Kebetulan, pada waktu itu, Lester diperkenalkan dengan Gertrude Baniszewski seorang ibu kepada 7 orang anak. Disebabkan tiada pilihan lain, Lester membuat keputusan untuk meletakkan Sylvia dan Jenny di bawah jagaan Gertrude. Lester menawarkan sebanyak 20usd seminggu kepada Gertrude untuk menjaga anak-anaknya, dan wanita itu bersetuju.

Sylvialikens Banizewskiehouse
Rumah getrude benizewski

Kalau korang nak tahu Gertrude tinggal bersama 7 orang anaknya, Paula, 17, Stephanie, 15, John, 12, Marie, 11, Shirley, 10, James, 8, dan bayi baru lahir, Dennis di sebuah rumah besar yang disewanya.

Malangnya, kerana terlalu gembira dengan persetujuan Gertrude untuk menjaga dua anak perempuannya, Lester tak pernah bertanya tentang keadaan rumah tersebut atau bagaimana cara Gertrude menjaga anak-anaknya.

Diseksa & dipukul semua ahli keluarga

Pada dua minggu awal, semuanya baik-baik saja. Sylvia dan Jenny sering menghabiskan masa di luar rumah, di taman atau mendengar muzik. Sylvia juga turut membantu Gertrude dengan membasuh pinggan dan mengemas bilik.

Namun, segalanya berubah bila wang yang dijanjikan bapa mereka dibayar lewat. Kedua-dua adik beradik ini menjadi mangsa apabila Gertrude mula memukul mereka.

Disinilah permulaan kepada kisah hitam Sylvia dan Jenny, apa saja yang dilakukan oleh kedua adik beradik ini sekiranya tak disukai oleh Gertrude, mereka akan dipukul dengan botol kaca atau tali pinggang kulit milik bekas suaminya.

Bukan itu sahaja, jika Gertrude rasa tak larat untuk pukul mereka, dia akan suruh anaknya Paula untuk mengambil alih.

Namun antara kedua-dua adik beradik itu, Sylvia sering menjadi mangsa kemarahan dan penderaan Gertrude. Semuanya bermula bila Gertrude menuduh Sylvia mencuri gula-gula.

Bukan itu saja Paula yang ketika itu sedang mengandung juga turut menuduh Sylvia hamil dan bertindak menendang kemaluan remaja perempuan itu. Tak cukup dengan itu Getrude membakar semua jari Sylvia dengan mancis dan menendang faraj Sylvia berulang kali sambil memberitahunya tentang dosa berzina.

Lebih kejam lagi, Gertrude membenarkan anak-anaknya yang lain untuk memukul Sylvia. Malah ada satu ketika, remaja itu ditolak dari tangga di tingkat atas ke bawah hanya sekadar untuk suka-suka. Tak cukup dengan itu ketika di gereja, Gertrude memaksa Sylvia makan hot dog sampai muntah sebelum remaja perempuan itu makan muntahnya sendiri.

Tak cukup dengan itu, Sylvia dituduh menyebarkan gosip di sekolah mengatakan Paula dan adiknya Stephanie adalah pelacur. Ini menyebabkan teman lelaki Stephanie, Coy Hubbard mula menyerang Sylvia. Malah sampai ke tahap, Coy membawa rakan-rakannya ke rumah Gertrude semata-mata untuk menyeksa Sylvia.

Makan tahi, minum air kencing, cucuh rokok, mandi air panas

Antara penderaan yang dilakukan mereka terhadap Sylvia termasuk; memukulnya, membiarkan dia kelaparan, mengikatnya, memaksa dia makan tahinya sendiri atau tahi Dennis, minum air kencing, kelar badannya, cucuh rokok pada badannya lebih 100 kali, memaksanya mandi dengan air mendidih, mencederakan kemaluannya, meletakkan garam pada lukanya, membogelkannya dan memaksa dia untuk melakukan onani dengan menggunakan botol kaca Coca-Cola.

Kekejaman terhadap Sylvia tidak terhenti setakat itu sahaja. Pernah satu ketika Paula memukul muka sylvia hingga tangan Paula sendiri yang patah… Bayangkan betapa kuatnya pukulan si Paula tu.

Malah adik Sylvia, Jenny juga diugut oleh Gertrude untuk memukul kakaknya atau dia akan didera jika dia enggan.

Jenny pula dibuli disekolah bila dia cuba memberitahu orang lain tentang apa yang berlaku pada kakaknya.

Sylvialikens Basement
Bawah rumah baniszewski

Akhirnya, akibat dipukul dengan teruk, Sylvia gagal mengawal pundi kencingnya dan mula terkencing di dalam seluar. Ini menyebabkan dia diseksa dengan lebih kejam dan dikurung di bawah rumah.

Gertrude juga dengan kejamnya memberikan upah 5 sen kepada kanak-kanak di kawasan kejiranannya untuk merenung tubuh telanjang Sylvia dan mengambil giliran untuk memukul, membakar dan mencacatkan tubuhnya.

Mungkin sebab dia dah tak tahan, ketika dia sendirian, Sylvia bertindak memukul dinding dan menjerit meminta tolong namun malangnya jeritan itu tak pernah didengari oleh orang lain.

Sampai satu ketika, seseorang telah membuat panggilan anonymous untuk memberitahu tentang keadaan yang berlaku pada Sylvia. Ekoran dari panggilan itu, Jururawat telah datang untuk memeriksa keadaan rumah tersebut tapi Gertrude membuat helah bahawa Sylvia telah melarikan diri.

“Aku akan mati”

Pada 22 Oktober, seorang lagi anak Gertrude, John telah memaksa Sylvia untuk makan semangkuk sup menggunakan jari hingga membuatkan remaja perempuan itu terkencing. Tak terhenti setakat itu, John menghukum Sylvia dengan menoreh tulisan “I AM A PROSTITUTE AND PROUD OF IT” di perut remaja perempuan dengan menggunakan jarum panas dan memaksa Sylvia untuk beronani menggunakan botol.

Sylvialikens Stomach

Pada malam hari yang sama, Coy telah datang untuk mengikat Sylvia dan menghentak badannya ke dinding sebanyak enam ke tujuh kali. Sampai ke tahap Sylvia berkata kepada adiknya “Aku dapat rasa aku akan mati.”

Mungkin takut perbuatannya terbongkar, Gertrude kemudian memaksa Sylvia untuk menulis surat kepada ibu bapanya mengatakan dia telah lari dari rumah dan tubuh badannya cacat disebabkan oleh lelaki-lelaki yang dia pilih untuk melakukan hubungan seks.

Selepas Sylvia habis menulis surat, Gertrude membuat rancangan untuk menyuruh John dan Jenny membawa Sylvia ke hutan dan meninggalkannya di situ.

Pada 25 Oktober, Sylvia dapat tahu rancangan mereka dan cuba untuk melarikan diri, tapi kerana kecederaan yang dialaminya dia ditangkap ketika dia tiba di pintu keluar.

Ini membuatkan Getrude menjadi marah dan kemudiannyabmemukul muka Sylvia beberapa kali menggunakan besi langsir dan dengan bantuan Coy dia membuang Sylvia ke bawah rumah. Di situ mereka mengikat dan pukul Sylvia berulang kali hingga pengsan.

Tak berapa lama selepas itu, Sylvia tersedar dari pengsan tapi tak boleh mengutarakan apa-apa perkataan malah sampai ke tahap dia tak boleh mengawal anggota badannya sendiri. Dia cuba untuk memanjat tangga, tapi jatuh sebelum dia sempat sampai ke atas. Gertrude yang tersedar Sylvia cuba untuk keluar, telah memijak kepala Sylvia sekuat hati.

Berakhirnya penderitaan Sylvia Likens

Akhirnya, penderitaan Sylvia berakhir bila dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 26 Oktober. Dia mati akibat pendarahan otak, tak cukup nutrisi dan terkejut.

Gertrude kemudian menyuruh salah seorang pendera, Richard Hobbs untuk membuat panggilan polis menggunakan telefon awam. Apabila polis tiba, Gertrude memberikan surat yang ditulis Sylvia secara paksa kepada mereka.

Sebelum polis beredar, Jenny menahan mereka dan berkata “Bawa saya keluar dari sini dan saya akan ceritakan segalanya.”

Keputusan bedah siasat menunjukkan Sylvia mengalami kerosakan otot dan saraf yang parah. Bibirnya pula penuh dengan luka akibat gigitan tahan sakit.

Dlqt Ahxgaamcty

Pemeriksaan pada farajnya mendapati daranya masih utuh dan dia bukan seorang pelacur dan tak pernah mengandung pun sebelum ini.

Selepas bedah siasat selesai dan mengambil kira keterangan Jenny, polis telah menahan Gertrude, Paula, Stephanie, John, Richard Hobbs, dan Coy Hubbard atas tuduhan membunuh.

Hukuman pendera Sylvia Likens

Coy

Richard telah dipenjarakan selama dua tahun dan dibebaskan pada tahun 1968. Dia mati akibat kanser pada usia 21 tahun.

Dlqxon1X4Aayj13

Coy dipenjarakan selama dua tahun sebelum dibebaskan pada tahun 1968. Dia kemudian dituduh membunuh dua lelaki tapi juga dibebaskan. Dia mati akibat serangan jantung pada tahun 2004 di usia 54 tahun.

John

John juga dipenjarakan selama dua tahun dan dibebaskan pada tahun 1968. Dia mati pada umur 52 tahun akibat diabetes.

Dlqzjhvu4Aey187

Paula diberi hukuman penjara selama 20 tahun. Anak yang dilahirkannya telah diberikan kepada orang lain. Dia telah cuba untuk melarikan diri dari penjara dan akhirnya dibebaskan pada tahun 1972. Dia menggunakan identiti baru dan bekerja sebagai guru selama 14 tahun hingga penipuannya terbongkar.

Dlqahtjxcae Bmo

Manakala Gertrude dihukum penjara seumur hidup tapi kehidupannya di penjara sangat berjaya dan diberikan gelaran “ibu” selepas mengendalikan kedai jahit di penjara. Dia dibebaskan pada tahun 1985 kerana berkelakuan baik dan mati pada tahun 1990 akibat kanser paru-paru.

Ketika di mahkamah, dia mengatakan dia tak pasti kenapa dia buat semua itu pada Sylvia.

“Saya tak pasti peranan saya pada mereka kerana saya berada di bawah pengaruh dadah. Saya tak pernah mengenalinya dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang berlaku pada Sylvia.”