in

Pemandu OKU Didakwa Diserang Polis Pengiring TMJ Bakal Hantar Memorandum Kepada PMX Hari Ini

Pemandu Oku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemandu e-hailing OKU (masalah pendengaran), Ong Ing Keong dan Lawyers For Liberty (LFL) akan serahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Ia berkenaan dakwaan serangan terhadap pemandu berusia 48 tahun itu oleh seorang anggota polis yang mengiringi Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 28 Mei lepas.


Dalam satu kenyataan, LFL berkata memorandum tersebut akan diserahkan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 11 pagi ini.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain sebelum ini mengesahkan pada 5 Jun bahawa kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, tetapi tiada pertuduhan jenayah dikenakan terhadap anggota polis yang terlibat walaupun terdapat bukti video jelas tentang serangan ke atas Ong.

“Salinan video dashcam akan diserahkan kepada perdana menteri,” katanya.

Artikel berkaitan: Polis Terima Laporan Dakwa Pengawal Peribadi Orang Kenamaan Belasah Pemandu E-hailing OKU

Artikel berkaitan: Kecoh Kes Pukul Pemandu E-Hailing, TMJ Gesa Pihak Berkuasa Jalankan Siasatan

Mengimbas kembali kronologi kes, pada 14 Ogos, Ong dikatakan tidak dapat menahan air mata apabila rakaman dashcam mengenai kejadian itu di luar sebuah hotel di Kuala Lumpur ditayangkan kepada media.

Oku 1

Dalam klip video tersebut, dapat dilihat mangsa duduk di kerusi pemandu sambil menunggu penumpangnya memasukkan barang ke dalam but kereta, sebelum seorang lelaki berpakaian sut mengetuk cermin tingkap keretanya dan meminta dia beredar.

Ong memberi isyarat kepada lelaki itu yang dia sedang menunggu penumpangnya masuk ke dalam kenderaan sebelum beberapa saat kemudian muncul seorang lelaki di sebelah tingkap menumbuknya, membuatkan mangsa terkejut.

Pada sidang media, peguam Ong, Surendran meluahkan rasa kecewa kerana tiada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap pelaku.

Saya tidak tahu mengapa, sedangkan bukti jelas. Tiada sesiapa yang dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.