in

Pemandu Maut Dihempap Serpihan Kren Jatuh, Syarikat Hanya Didenda RM40,000

Page1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 25 Ogos lalu, Malaysia digemparkan dengan berita kematian seorang pemandu yang dihempap serpihan besi kren seberat 1,000kg di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Mangsa, Chin Khoon Sing, 24, maut ditempat kejadian selepas besi itu jatuh dari tingkat 20 bangunan hotel dalam pembinaan menghempap kereta Perodua Kelisa beliau.


Kereta 1

Kren5
sumber: the star

Berikutan dengan itu, Hakim Mahkamah Sesyen, Harmi Thamri Mohamad @ Shaharudin mengenakan denda selepas wakil syarikat terbabit, Hong Chuan mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan mengambil kira kepentingan awam.

Syarikat itu didenda RM40,000 kerana tidak mematuhi prosedur keselamatan pekerjaan dan mengikut kertas pertuduhan syarikat itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM50,000 di bawah Seksyen 19 akta sama.

Kren2

Kren4
sumber: world of buzz

Timbalan Pendakwa Raya daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Intan Noorashikin Nasaruddin memohon mahkamah mengenakan hukuman maksimum kepada syarikat itu kerana gagal menyediakan prosedur kerja selamat dan mengambil kira kekerapan kemalangan berlaku di tapak pembinaan sehingga menyebabkan keluarga mangsa mengalami trauma, lapor Free Malaysia Today.

Keluarga mangsa dilaporkan mengalami trauma selepas kejadian malang menimpa ahli keluarga mereka itu. Mangsa yang juga berasal dari Pulau Pinang disahkan maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tengkuk, dada dan rusuk kanan.

Kren3
sumber: astro awani

Namun, bagi kemalangan ngeri sebegini dengan keadaan ahli keluarga yang trauma patutkah hanya RM40,000 denda dikenakan? Nilai nyawa terkorban sepatutnya lebih daripada itu, betul tak?

Banyak insiden melibatkan kawasan pembinaan berlaku di Malaysia dari sehari ke sehari. Mungkin pihak bertanggungjawab perlu mengambil inisiatif yang lebih serius untuk mengelakkan banyak lagi nyawa terkorban di masa akan datang.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.