Orang kata, bila kita buat baik dengan orang, kita akan dibalas dengan kebaikan juga.
Macam kisah seorang pemandu Grab ini, dia tak sangka yang kebaikan yang dia beri secara ikhlas dekat sorang customer ini, dibalas kembali oleh individu tersebut sebulan selepas itu. Betul la orang cakap, kebaikan dibalas dengan kebaikan.
Dapat surat ‘misteri’
Menerusi perkongsian video di Tiktok pada 30 Mac yang lalu oleh pemilik akaun Nurul Abdul Rahman yang merupakan isteri kepada pemandu Grab itu, video tersebut mendapat tontonan hampir 120 ribu dan mendapat hampir 4 ribu likes.
https://www.tiktok.com/@hidayah_lulu/video/6945053697688816897?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Melalui video tersebut, isteri kepada pemandu Grab itu terkejut bila dia nampak ada plastik yang mengandungi surat dan sampul diselit di viper kereta dia. Memang ‘misteri’ sebab siapa pula nak kasi surat zaman sekarang ni kan.
Rupanya surat tersebut untuk suami dia yang sebelum ini pakai kereta itu untuk buat perkhidmatan Grab.
“Tetiba rasa nervous, kot laa ada yang bagi surat cinta untuk husband kan.”
Bukan ada surat sahaja dalam plastik itu, ada juga sampul yang berisi duit tau! Ni la orang cakap rezeki jatuh dari langit.
Tapi yang pelik sikit, macam mana customer tu boleh kenal kereta dia sebab dekat kereta diorang tak ada tampal sticker grab pun. Misteri juga ni.
Penumpang nak balas budi
Bila dibaca isi kandungan surat ‘misteri’ itu, rupanya surat itu dari penumpang Grab yang naik dengan suami dia bulan lepas.
Dalam video itu, wanita itu bercerita yang sebelum ini suaminya pernah halalkan duit sorang customer ini sebab dia tak ada duit kecil untuk bayar. Patutnya kena bayar RM5 tapi customer itu cuma ada RM50 sahaja. Kebetulan suaminya itu pun tak ada duit kecil juga sebab penumpang tersebut pelanggan pertamanya pada hari itu.
Suami wanita itu pun terkejut bila dapat tahu yang customer bulan lepas itu sanggup cari kereta dia untuk balas kebaikan yang dia buat.
“Walau siapa pun dia, terima kasih kerana mendoakan untuk husband saya & ‘tips’ yang diberikan tu.”
So lepasni korang takyah berkira la nak tolong orang tu, bila tiba waktu, Tuhan mesti akan balas kebaikan yang kita buat untuk orang lain.
Sumber: hidayah.lulu