in

Pemandu Grab Bantu Individu Kekurangan Baki Kad Touch n Go di Plaza Tol Dipuji Netizen

Grab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anda pasti pernah berdepan dengan situasi di mana pemandu terlupa untuk tambah nilai kad dan tersekat di plaza tol kan? Selalunya jika kejadian sebegini berlaku, pemandu lain berada di belakang kenderaan yang tersekat pasti akan mengundurkan kenderaan untuk ke lorong sebelah tetapi berbeza pula dengan kisah yang dikongsikan ini.


Satu kisah yang dimuat naik di Facebook kini tersebar luas menceritakan kebaikan seorang individu semasa berada di plaza tol dalam situasi yang sebegitu. Melalui perkongsian tersebut, seorang pemandu dikatakan tersekat di Plaza Tol Batu Tiga kerana kekurangan baki kad Touch n Go.

Begitu jugalah yang berlaku apabila pemandu lain kemudian mula mengundurkan kereta dan ada juga yang bermasam muka seolah-olah memarahi pemandu kereta terbabit.

Namun, seorang lelaki yang juga dikatakan pemandu Grab tiba-tiba muncul dan dengan tenang berjalan menuju ke arah kereta tersebut.

Dia kemudian membantu dengan menggunakan kadnya untuk melepaskan pemandu tersebut dari plaza tol berkenaan.

Grab1
sumber: facebook

Terkesima dengan tindakan lelaki berkenaan, individu yang menyaksikan kebaikannya itu kemudian memandu mengekori kenderaannya.

Menurutnya, lelaki yang memakai kopiah dan berjanggut itu dilihat memandu keretanya di lorong tengah sambil memakai earphone dan mulutnya juga terkumat kamit membaca sesuatu.

Grab2
sumber: facebook

Melihat itu dia menjadi yakin bahawa lelaki itu sememangnya orang yang berkelakuan baik.

“Aku pasti dia bukan menyanyi.”

Jika cuba difahami maksud yang ingin disampaikan, individu itu bermaksud bahawa dia sangat yakin bahawa pemandu Grab tersebut sedang membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Netizen yang membaca perkongsian itu di Facebook rata-rata memuji kebaikan yang ditunjukkan pemandu berkenaan.

“Susah nak cari orang berhati mulia.”

“Semoga menjadi contoh pula pada kita semua agar sentiasa berbuat kebaikan.”

Semoga lebih ramai insan yang membantu orang lain disaat memerlukan dengan ikhlas seperti ini.

Baca: Pasangan Jujur Dipuji Netizen Kerana Sanggup Cari Rumah Untuk Pulangkan Dompet Tercicir

Dompet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.