in

Pemandu Bas Tukar Lorong ke Lorong Membahayakan Ramai Orang Semata-mata Untuk Mengejar Trak

Bas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Pemandu Bas Tukar Lorong ke Lorong Membahayakan Ramai Orang Semata-mata Untuk Mengejar Trak
Loading
/

Meskipun bukan selalu, tetapi kes pemandu bas memandu dengan cara yang membahayakan pasti pernah kita dengari.


Baru-baru ini, rakaman video sebuah bas menukar lorong ke lorong dengan sangat bahaya kerana mengejar sebuah trak pick-up telah dimuat naik di Facebook.

Menurut individu yang memuat naik rakaman itu, kejadian berkenaan berlaku pada 18 Mac lalu di mana mereka sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis perkahwinan berdekatan Genting Highlands.

“Ketika memasuki terowong dua lorong, bas bernombor plat WWU5909  yang dipandu dengan sangat laju memasuki terowong itu mengikuti lorong kanan. Bas itu sangat laju sehinggakan kami semua yang berada di dalam kereta sangat terkejut. Ibu saya yang memandu membunyikan hon kepadanya supaya pemandu itu akan memperlahankan kelajuan bas tersebut.”

Bas1
sumber: facebook

“Pemandu itu kemudian terus membunyikan hon semula sebaik sahaja menukar ke lorong kiri di hadapan kami. Marah dan bimbang akan keselamatan bayi berusia satu tahun di dalam kereta itu, ibu saya cuba memintas untuk menjauhi pemandu gila yang berbahaya ini.”

“Dia kemudian mula untuk mengejar kami semula, menukar lorong tanpa memberi isyarat seperti yang anda lihat di dalam video ini. Bas itu berada betul-betul di belakang kami beberapa kali.”

Bas2
sumber: facebook

“Pemandu itu kemudian berjaya memotong kenderaan kami selepas saya meminta ibu saya untuk memperlahankan kenderaan kerana bayi saya berada di dalam kereta. Jadi, dia berjaya berada di hadapan kami dan menekan brek berkali-kali supaya kami tidak dapat melepasinya semula. Malah, pemandu itu cuba menghimpit kami ke penghadang jalan ketika kami mahu memotongnya. Nasib baik kami berjaya lari daripadanya di plaza tol.”

Bas3
sumber: facebook

Melalui rakaman tersebut, memang jelas dapat dilihat pemandu itu sangat berani ketika memandu bersebelahan dengan trak itu dan menuding jari ke arah mereka kerana terlalu marah.

Bas4
sumber: facebook

Netizen rata-rata berang dan mempersoalkan kriteria pemandu itu dengan pemanduan yang membahayakan penumpang dan pengguna jalan raya yang lain semata-mata untuk membalas dendam.

Sudah pasti, kita harus mendengar cerita dari kedua-dua belah pihak dan tidak seharusnya membuat kesimpulan tanpa mendengar cerita daripada pemandu bas itu. Tetapi pemandu bas itu sendiri memang memandu dengan laju walaupun sebelum ibu wanita itu membunyikan hon ke arahnya kan?

Apa-apa pun, jika perkara sebegini terjadi kepada anda atau keluarga dan rakan-rakan, pastikan buat aduan kepada SPAD untuk mereka menjalankan siasatan.

Tonton video penuh di bawah ini:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.