in

Pemain Catur Muda Mauritania Tarik Diri Selepas Enggan Bertemu Lawan Dari Israel

2Catur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang peserta Kejohanan Catur Remaja Dunia telah menarik diri dari menyertai kejohanan tersebut selepas diundi untuk bertemu pemain dari Israel.


Abdul Rahim Al-Talib Muhammad, remaja berumur 14 tahun dari Mauritania mengambil keputusan berkenaan kerana menganggap Israel adalah negara yang tidak wujud.

Screenshot 2021 08 21 At 1.37.33 Pm

“Saya tarik diri dan tak mahu berlawan dengan wakil dari negara haram dan tak wujud dalam dunia realiti”

Menurut laporan Middle East Monitor, pemain catur yang berada di ranking 47 dunia itu dipuji Presiden Liga Catur Remaja atas tindakannya itu.

Screenshot 2021 08 21 At 1.42.29 Pm

Terdahulu, seorang atlet sukan Judo dari Algeria telah menarik diri dari sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas diundi menentang lawan dari Israel. Tindakan Fethi Nourine itu jelas menunjukkan penolakannya terhadap pengiktirafan atlet yang berasal dari negara haram, Israel.

 

Baca: Diundi Menentang Israel,  Atlet Algeria Ini Nekad Tarik Diri Dari Sukan Olimpik Tokyo 2020

Screenshot 2021 08 21 At 1.34.37 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.