in

“Pelik-pelik je” – Lelaki Diusir Keluar Pesawat Lepas Pakai Seluar Dalam Jadi Pelitup Muka

page 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam era di mana seluruh dunia masih lagi dalam usaha memerangi virus Covid-19, dah macam-macam jenis pelitup muka kita lihat dipakai orang ramai.

Ketika majoriti orang menggunakan pelitup muka perubatan normal, ada juga yang menggayakan face mask berwarna-warni dan mempunyai corak yang berbagai-bagai. Tak kisahlah, asalkan pelitup muka tu efektif dan mematuhi SOP yang ditetapkan.


Namun, baru-baru ini berlaku satu kejadian di mana penumpang lelaki diusir keluar dari sebuah pesawat gara-gara memakai seluar dalam sebagai pelitup muka. Aik, dah kenapa?

cats2

Dalam insiden yang berlaku di lapangan terbang Fort Lauderdale itu, lelaki tersebut dikatakan berkeras untuk mengekalkan seluar dalam berwarna merah itu hingga dia akhirnya diminta meninggalkan pesawat itu.

Lelaki bernama Adam Jenne itu turut memaklumkan kepada saluran berita tempatan, NBC2 bahawa dia mahu menunjukkan ‘kebodohan’ untuk memaksa penumpang memakai pelitup muka, walhal mereka masih dibenarkan membuka face mask ketika makan atau minum di dalam pesawat.

cats4

Kru-kru penerbangan tidak membenarkan Adam Jennie untuk terus berada dalam pesawat tersebut selagi lelaki itu berdegil untuk memakai pakaian dalam merah itu sebagai pelitup muka.

Jika seluar dalam boleh melitupi muka, maka ia telah melakukan tugasnya sebagai pelitup muka. – Adam Jenne

Walau bagaimanapun, lelaki itu akhirnya buat keputusan untuk meninggalkan tempat duduknya dan beredar dari pesawat itu hanya selepas berbincang panjang lebar dengan kru penerbangan tersebut.

Pelik-pelik je diorang ni kan? Korang jangan nak cuba buat benda ni kat mana-mana pulak okay?

Baca: “Yang bukan bukan je” – Wanita Untung RM213,000 Lepas Jual Kentut Sendiri Dalam Balang

Capture 14

Sumber: NBC2
Sumber: NBC2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.