in

Pelik Betul, Burung Di Kampus Ini Hanya ‘Serang’ Lelaki Sahaja

F 4 Birdsss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, viral di media sosial negara China tentang sebuah video burung yang menyerang pelajar dan staf di sebuah kampus di wilayah Guizhou negara itu. Namun, apa yang menarik perhatian adalah burung itu hanya menyerang mereka yang berjantina lelaki!


Menurut video yang dikongsikan oleh  YouTube South China Morning Post, sejenis burung yang berwarna hitam itu dilihat hanya menyerang lelaki yang lalu di kawasan pokok tempatnya bersarang. Nak pergi kelas pun serba salah kalau macam ni. 

Birdsss 1

Difahamkan, fenomena pelik itu telah berlaku selama lima tahun namun tiada sesiapa tahu akan faktor sebenar yang menjadi sebab hanya lelaki yang menjadi mangsa serangan haiwan itu.

Selain itu, burung itu dikatakan akan kembali ke kampus tersebut ketika musim panas dan musim bunga. Kiranya, pelajar lelaki kena berjaga-jaga setiap kali lalu kawasan tu ketika musim berkenaan.

Birdssss 2

Untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini, pihak pengurusan kampus telah meletakkan papan tanda yang memberi amaran kepada pejalan kaki supaya jangan membuat perkara yang boleh membangkitkan kemarahan burung itu.

Boleh tonton video penuh ‘serangan burung’ itu di video Youtube SCMP ini.

Pelajar juga dinasihati agar sebaiknya menggunakan jalan lain untuk sampai ke lokasi yang ingin dituju. Namun, ada netizen berkongsi bahawa sebenarnya ada khabar angin bahawa dulu-dulu ada seorang pelajar lelaki yang telah mengganggu sarang burung hitam tersebut jadi haiwan itu seakan berdendam dengan kaum Adam.

Kalau betul la khabar angin tu, kesian betul dengan lelaki-lelaki lain yang tak bersalah. Tak pasal-pasal jadi target serangan burung tu. 

Sumber: YouTube South China Morning Post

Baca: “Macam dalam Harry Potter”- [VIDEO] Penduduk Berkurung Lepas Bandar Di Australi ‘Diserang’ Burung Kakak Tua Putih

Birds

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.