Berita baik untuk pelanggan restoran Rembayung! Khairul Aming baru-baru ini mengumumkan pelanggan boleh membuat pesanan makanan untuk dibungkus dan dibawa pulang (takeaway), selain menikmati hidangan di restoran berkenaan.
Ia telah dikongsikan sendiri oleh Khairul Aming menerusi platform media sosial Threads.

Artikel berkaitan: “Konsert ke?” – Lelaki Diperdaya Beli Tiket Untuk Makan Di Rembayung
Artikel berkaitan: Ada Dakwaan Konon Ramai Batal ‘Booking’ Rembayung Sebab Khairul Aming Di Langkawi, Ini Respon Empunya Badan
Namun, jenis lauk dan bilangan lauk yang dibolehkan untuk dibungkus dan dibawa pulang adalah terhad buat masa ini.
Langkah itu diambil bagi memastikan kakitangan dapur restoran berkenaan dapat menyiapkan setiap pesanan pelanggan dengan lebih cepat dan lancar.
Difahamkan, staf Rembayung akan memberikan borang pesanan kepada pelanggan yang mahu pesan makanan untuk ‘takeaway’ atau dibawa pulang.
Menurut Khairul Aming, had jumlah untuk pesanan takeaway juga setakat ini akan berubah setiap hari bergantung pada kapasiti staf dapur pada hari tersebut.

Jadi, orang yang berjaya dapat slot untuk makan di Rembayung tu boleh lah beli lauk bungkus untuk kawan atau family korang yang tak dapat book slot makan di Rembayung kan.
Sumber: Threads Khairul Aming
