in

Pelancong Malaysia Bakal Dapat Pengecualian Visa Ke Rusia

Ft Img

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Timbalan Ketua Misi Kedutaan Rusia ke Malaysia, Alexander Zimin baru-baru ini mengatakan bahawa negara berkenaan bersedia untuk memberi pengecualian visa kepada pelawat Malaysia ke negara berkenaan.


Menurut laporan, perjanjian antara kerajaan yang berkaitan sedang diusahakan oleh kedua-dua negara.

Tambah Zimin lagi, persetujuan perjanjian tersebut bakal menjadi langkah penting bagi memudahkan akses pelancong Malaysia untuk ke Rusia berikutan peningkatan minat rakyat negara Malaysia untuk melancong ke sana.

Pexels Дмитрий Трепольский 8285167

Menurutnya, draf perjanjian antara kerajaan sedang membincangkan rejim pengecualian visa dan mereka percaya ianya akan boleh ditandatangani pada tahun hadapan di peringkat kerajaan.

Artikel berkaitan : Ini Syarat Baru Kepada Pelancong Malaysia Yang Ingin Berkunjung Ke Eropah Bermula 2024

Artikel berkaitan : Pasport Malaysia Duduki Tangga Ke-14 Paling Berkuasa Di Dunia

Usahasama antara kedua-dua negara ini diumumkan dalam satu majlis yang diadakan di Moscow baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Zimin menegaskan kedua-dua negara bersetuju untuk menubuhkan Kumpulan Kerja Khusus mengenai pelancongan semasa sesi mengenai Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Kebudayaan di Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, sektor pelancongan ditonjolkan sebagai salah satu daripada 11 sektor utama untuk kerjasama dua hala tersebut.

Sumber : Sinar Harian

Sumber: Pexels
Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.