Mungkin ramai yang akan terkejut dengan pencapaian geng pelajar yang mempunyai ‘otak bisnes’ yang mampu meraih jualan sebanyak RM19,000 dalam masa lima hari.
Namun, itu adalah kisah dua tahun yang lalu semasa negara kita diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Berdasarkan laporan mStar, selepas genap dua tahun Ahmed Amzar Airil berkata, sambutan yang menggalakan ketika dia berniaga waktu dia masih belajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang telah menaikkan semangatnya untuk terus menjana pendapatan sampingan.
https://www.instagram.com/p/CoZdPt6PcMs/
“Kali kedua jual baju dengan lebih 900 tempahan, kami meraih jualan sebanyak RM25,000 dalam masa seminggu. Waktu itu kami tidak lagi guna kaedah pintu ke pintu,” kata Amzar.
Setelah PKP ditamatkan dan semua pelajar diminta untuk kembali ke kampus dan menjalani kelas secara fizikal, Amzar telah mengkaji pasaran dan juga gaya hidup para pelajar sebelum kembali membuka bisnes jualan bajunya.
Dia kemudian menubuhkan sebuah pasukan yang diberi nama Axisto yang terdiri daripada tujuh orang ahli iaitu empat pelajar lelaki dan tiga pelajar perempuan yang kesemua mereka belajar di Fakulti Pengurusan & Perniagaan.
https://www.instagram.com/p/ClJCeBby9lX/
Oleh itu, mereka telah mengubah kaedah jualan mereka yang kini boleh dibuat menerusi laman web rasmi mereka.
“Jualan baju yang tertinggi adalah kira-kira RM130,000 melibatkan 1,500 tempahan, dalam tempoh kurang 24 jam,” kata Amzar.
Tambahnya lagi, dengan tujuh rekaan baju setakat ini, perniagaan mereka telah mencatatkan jualan keseluruhan lebih RM250,000.
Tambah Amzar, pelanggan mereka bukan sekadar pelajar UiTM daripada seluruh negeri tetapi juga alumni universiti itu dan pelajar IPT lain.
Walaubagaimanapun, Amzar memberitahu, mereka tidak dapat lari daripada komen-komen negatif namun memilih untuk menumpukan pemikiran positif dalam perniagaan mereka.
“Cabarannya adalah mulut orang, mereka kata jual baju bolehlah ramai pelajar nak beli. Bagi saya ia bukan isu, yang penting kita kena fikir dan rajin ambil peluang.”
“Nanti apabila masing-masing dah tamat pengajian, kami tetap satu pasukan untuk Axisto. Mungkin setiap UiTM nanti akan ada team Axisto,” kata Amzar.
Power betul dia ni! Semoga bisnes baju dia berjaya!
Baca : [VIDEO] Akak Rela Baik Hati Tolong Graduan Dah Lambat Pergi Konvo Raih Pujian Netizen