in

Pelajar Tingakatan 4 Dipercayai Dip*kul Sehingga Pengsan Di Bilik Air Asrama Sekolah

collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis menahan empat pelajar bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pelajar yang dipukul hingga pengsan yang ditemui di dalam tandas asrama sebuah sekolah di Sungai Petani.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, memaklumkan empat pelajar berusia antara 16 dan 17 tahun ditahan susulan insiden yang berlaku pada tengah malam Isnin lalu.


Artikel Berkaitan: Guru Muzik Ditahan, Didakwa ‘Sentuh’ Pelajar Sekolah Rendah

Artikel Berkaitan: “Mangsa kini di hospital” – Polis Sahkan Terima Laporan Murid Darjah 1 Dip*kul Murid Darjah 3

“Setakat ini seorang daripada empat pelajar terbabit iaitu yang berusia 16 tahun direman di Mahkamah Sungai Petani untuk membantu siasatan, manakala tiga yang lain dilepaskan,” katanya melalui kenyataan.

Beliau mengulas kejadian yang berlaku pada malam itu, ibu mangsa menerima panggilan daripada guru sekolah Isnin lalu pada jam 9.05 pagi bagi memaklumkan anaknya yang ditemui pengsan di dalam tandas asrama sekolah itu.

Pelajar berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Ibu mangsa memaklumkan, anaknya memberitahu dia dipercayai dipukul beberapa pelajar kira-kira jam 12.10 tengah malam Isnin lalu sehingga pengsan.”

“Siasatan mendapati kejadian berlaku dalam asrama sekolah dengan punca dipercayai kerana mangsa dikatakan memburukkan rakan kepada salah seorang pelajar terbabit.”

“Berikutan itu suspek mengajak tiga lagi rakannya untuk mencari mangsa sehingga menyebabkan pergaduhan berlaku,” katanya.

Menurut Hanyan, sekolah tersebut tidak pernah merekodkan kejadian seperti ini serta tiada CCTV di lokasi menyukarkan siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.