Seorang pelajar Malaysia di Manchester dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan di sana. Menurut laporan media tempatan, ketika kejadian, Nur Izzah Mohd Shokri, 20, sedang menunggang basikal sebelum dihentam sebuah bas di Wilmslow Road, Rusholmen.
Kejadian tersebut berlaku pada Isnin, 28 Disember kira-kira jam 4.25 petang dan menurut EMAN, Nur Izzah mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan sedang dirawat di Salford Royal Hospital.
https://www.facebook.com/412193629583701/posts/871945263608533/?d=n
Berita sedih itu juga dikongsikan oleh beberapa orang di media sosial termasuk sepupu Nur Izzah. Menurut perkongsian Hafiz Borkhan, dia meminta orang ramai untuk mendoakan kesembuhan Nur Izzah selain turut memaklumkan bahawa sepupunya itu masih dalam keadaan koma dan kritikal serta bergantung sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan.
Melalui Twitter juga, orang ramai diharapkan dapat melakukan solat hajat buat pelajat Tahun 1 itu dan berdasarkan perkembangan terkini pada 3 jam yang lepas, Nur Izzah terpaksa diletakkan di dalam keadaan koma dan sedang dipantau oleh doktor memandangkan kecederaan di bahagian kepalanya membimbangkan.
https://www.facebook.com/hafiz.borkhan/posts/10158469422418127
https://twitter.com/anginkencangg/status/1343724231285112833
https://twitter.com/anginkencangg/status/1343794770364141568
If you happen to pass by this tweet, i am out of words but please pray for my bestfriend, Nur Izzah bt Mohd Shokri ???????? she just loves cycling that much. God be with you, Izzah i love you ? pic.twitter.com/5Ai7LwWOiV
— bb ?? (@rvccx_) December 29, 2020
Mari kita doakan untuk Nur Izzah.