Tak semua orang lahir daripada keluarga yang senang dan boleh meminta apa sahaja daripada ibu bapa mereka. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu perlu menjadi anak harapan untuk belajar bersungguh-sungguh supaya dapat mengubah nasib keluarga.
Satu perkongsian yang dimuat naik oleh seorang penceramah motivasi, @zackzawani di TikTok miliknya menunjukkan seorang pelajar lelaki menceritakan kisah hidupnya yang bukan daripada keluarga yang senang.
@zackzawani Video ni mungkin agak panjang… lihatkah dari mata hati.. Kejayaan milikmu! Haris / Harith! Your big heart! Telah menjadikan you have a new standard from now from others! Biar apa orang nak cakap kat kita. Kita tahu apa yang kita nak! Teruskan usaha. Berjuang untuk family ok. Semoga sihat ur mom and sukses dalam #spm #zackzawani #zhampion #riserians #transform #itstimetorise #lifetransform
♬ original sound – zack zawani | life coach – zack zawani | life coach
Selalu kita dengar kalau seseorang itu anak bongsu, komitmen dirinya tidaklah seperti anak sulung namun bagi pelajar yang bernama Haris ini, dia perlu menjadi anak harapan keluarga dan belajar bersungguh-sungguh supaya dapat keluar daripada kesusahan hidup.
Anak bongsu 12 adik beradik
Haris yang merupakan anak bongsu daripada 12 orang adik beradik ini berkata dia tinggal bersama keluarga angkat kerana keluarga kandungnya hidup susah.
Family kandung saya berharap pada saya supaya saya boleh berjaya. Abang-abang saya semua tak habis sekolah, dorang semua harapkan saya boleh.
Selalu cakap dekat saya “Dik, kau habiskan belajar, buktikan kat mak abah & ibu ayah, kau boleh.”
Haris mengakui dirinya bukanlah anak yang baik tetapi dia amat menyayangi mereka dan mahu membalas jasa keluarga kandung dan keluarga angkatnya.
Rindu nak jalan-jalan dengan mak
Mengimbau kembali saat dirinya masih kecil, ibu kandung Haris selalu membawanya bersiar-siar namun kini, ibunya menghidap penyakit kanser tahap 4 dan tidak dapat berjalan seperti biasa.
Mak kandung saya sendiri.. saya dulu masa kecil selalu tengok dia berjalan-jalan dengan saya. Sekarang tak boleh jalan kanser.
Difahamkan, keluarga Haris tidak dapat menghadiri ceramah motivasi itu tetapi dua orang rakan baik Haris datang ke depan dan terus memeluknya.
Di ruangan komen, ramai netizen berkongsi rasa sedih selepas mendengar luahan oleh pelajar itu.
Semoga adik ni berjaya dunia akhirat!
Sumber: TikTok