in

Pelajar Dari Cheras Dibelasah Gangster Selepas Tolak Tawaran Kumpulan Kongsi Gelap

M

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu kita dengar anak muda menjadi sasaran gangster untuk dijadikan ahli kumpulan mereka tetapi kali ini seorang pelajar di Cheras mengalami sendiri cara ganas pengambilan ahli baru kumpulan kongsi gelap.


Mangsa, seorang pelajar tingkatan tiga dibelasah teruk selepas menolak tawaran menjadi ahli sebuah kumpulan.

Kejadian berlaku Jumaat lalu di Cheras, Kuala Lumpur. Dikatakan 12 ahli kumpulan memasuki kawasan sekolah dan sedang giat merekrut ahli-ahli yang berpotensi.

Mangsa merupakan salah seorang pelajar yang ditawarkan untuk menjadi ahli kumpulan mereka. Bagaimanapun, pelajar itu menolak tawaran dan terus dipukul. Bukan itu sahaja, mangsa kemudian diugut dan diberitahu supaya berdiam diri, lapor Kwong Wah News.

Z1
sumber: kwong wah news

Kumpulan terbabit menggelar diri mereka ‘Gang 04’.

Mangsa ditawarkan menyertai kumpulan berkenaan pada Jumaat jam 12.40 tengahari tetapi selepas menolak, beliau dibawa ke satu sudut di dalam sekolah sebelum dibelasah teruk.

Z2
sumber: kwong wah news

Menurut mangsa, ahli-ahli kumpulan itu mempunyai pisau dan alat tajam. Sebaik sahaja menolak tawaran berkenaan, mangsa dipegang kuat oleh ahli kumpulan itu dan dipukul oleh beberapa ahli menggunakan batang kayu, payung, helmet dan alat pemadam api.

Kata mangsa,

Mereka turut membakar muka saya dengan puntung rokok , mencucuk tekak saya dengan bahagian hujung payung dan menolak muka saya ke dalam baldi yang dipenuhi air.”

Namun, penyiksaan dialaminya ketika itu tidak berakhir di situ. Selepas dibelasah teruk, mangsa dipaksa membuat video permohonan maaf kepada ketua kumpulan sebelum diugut bunuh jika laporan polis dibuat.

Z3
sumber: kwong wah news

Selepas ditinggalkan oleh gangster itu semua, pelajar tersebut diselamatkan oleh seorang rakan sekelasnya yang telah membantunya untuk melarikan diri. Bagaimanapun beliau dikejar oleh ahli kumpulan berkenaan yang menyedari bahawa beliau telah melarikan diri. Mangsa kemudian cuba bersembunyi di sebuah kedai telefon bimbit tetapi dihalau oleh penjaga kedai berkenaan.

Mangsa akhirnya diselamatkan oleh rakan sekelas dan dihantar pulang ke rumah dengan selamat. Beliau kemudian dimasukkan ke hospital dan telah membuat laporan polis. Ada orang mungkin akan berdiam diri je kalau dah kena teruk macam ni.

Menurut mangsa lagi, samseng berkenaan tidak takut jika ditangkap polis dan ditahan di dalam jel, mereka mungkin dipenjarakan beberapa hari tetapi selepas dibebaskan, mangsa pasti akan mengalami akibat daripada perbuatan yang menaikkan kemarahan mereka itu. Of course lah kan!

Jangan main-main dengan gangster kalau taknak terima akibatnya.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.