in

Pelajar China Jadi Simbol Kerja Keras Lepas Viral Selit Lampu Pada Rambut Untuk Belajar Lewat Malam

F2 Pelajar Lampu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belajar pada lewat malam terutamanya ketika musim peperiksaan memang dah sinonim dengan pelajar sekolah mahupun di universiti. Ada sesetengah orang tak dapat tidur sebab nervous, jadi lebih baik kalau mereka belajar buat kali terakhir sebelum masuk dewan kan.


Seorang pelajar perempuan di sebuah universiti di China ini pula telah menarik perhatian ramai netizen negara itu setelah videonya sedang belajar pada lewat malam ditemani dengan lampu yang diselitkan pada rambutnya tular di platform media sosial Weibo.

Pelajar Lampu 2

Memetik laporan daripada Insider, video pelajar tidak diketahui namanya itu telah dirakam oleh rakannya yang turut sama-sama belajar dengannya pada malam itu.

Difahamkan, pelajar itu sedang mengulangkaji dan membuat persiapan untuk peperiksaan kelayakan program Master’s di negara itu yang dijangka akan berlangsung pada Disember ini.

Dia dikatakan telah menggunakan lampu tersebut yang dipinjam daripada rakannya sebagai lampu belajar ketika menelaah di koridor universiti. Dalam gambar yang tular itu, dapat dilihat dia sedang membaca nota yang penuh dengan warna pen highlighter.

 

Pelajar Lampu 3

Pelajar perempuan tersebut telah menjadi simbol kerja keras oleh netizen negara China yang rata-ratanya turut berkongsikan pengalaman mereka belajar pada lewat malam ketika di universiti.

Untuk pengetahuan semua juga, kegigihan pelajar ini bukanlah yang pertama yang tular sebab sebelum ini, seorang pelajar lelaki universiti di Beijing juga pernah meraih perhatian ramai setelah dia dilihat belajar dengan laptop ketika sedang mengayuh basikal, lapor CGTN.

Memang tabik dengan kerajinan pelajar-pelajar ni, namun korang di luar sana yang masih belajar kena ingat juga, jangan lupa dapatkan rehat yang cukup tau.

Sumber: Insider, CGTN

Baca: Pelik Betul, Burung Di Kampus Ini Hanya ‘Serang’ Lelaki Sahaja 

Pelajar Lampu 1

Sumber: Weibo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.