in

Pelajar Biadab T*mbuk & Rentap Baju Guru Sebab Berang Ditegur Ponteng Kelas Ditahan Polis

pelajar tumbuk guru ponteng kelas ditahan polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Video tular seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Kajang yang bertindak menumbuk seorang guru lelaki nyata membuatkan orang ramai berasa marah.

Menurut laporan, pelajar Tingkatan 2 itu bertindak biadab terhadap guru berkenaan selepas ditegur kerana ponteng kelas Pendidikan Jasmani.


Dalam video itu, dapat dilihat berkali-kali pelajar terbabit melakukan provokasi dan meninggikan suara di hadapan gurunya.

Pada masa yang sama, netizen memuji tahap kesabaran guru tersebut kerana hanya tersenyum berdepan dengan pelajar biadab itu.

Artikel berkaitan: “Datang sekolah nak jumpa girlfriend saya” – Murid Biadab Terhadap Guru Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Artikel berkaitan: Cikgu Kongsi Mesej Murid Perempuan Darjah 6 Mencarut Sebab Dapat Kerja Rumah

Difahamkan, kejadian ini berlaku petang kelmarin dan disaksikan oleh beberapa guru serta pelajar lain sebelum menjadi tular di media sosial.

Pelajar direman 2 hari

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, guru lelaki berusia 29 tahun berkenaan membuat laporan berhubung kejadian itu pada 7.15 malam.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila pelajar berkenaan yang sepatutnya berada di padang untuk kelas Pendidikan Jasmani tidak hadir, menyebabkan guru itu menegurnya.

“Pelajar terbabit tidak berpuas hati dengan teguran tersebut lalu bertindak agresif dengan menumbuk dan mengugut mangsa,” katanya.

Susulan laporan itu, pelajar berkenaan ditahan polis pada hari sama dan direman selama dua hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.