in

Cikgu Kongsi Mesej Murid Perempuan Darjah 6 Mencarut Sebab Dapat Kerja Rumah

Ft Murid Maki Cikgu

Tugas menjadi seorang guru pada zaman sekarang memang mencabar, kena berdepan dengan bermacam-macam kerenah pelajar. Malah, dapat dirasakan antara zaman dulu dan sekarang dimana pelajar makin berani.

Satu perkongsian daripada pemuda yang dikenali sebagai Mohd Fadhli telah mengundang pelbagai reaksi netizen setelah pendedahannya itu meraih lebih daripada 5,000 jumlah perkongsian semenjak dimuatnaik pada 2 Disember lepas.

 

Maki hamun cikgu guna ayat mencarut

Dalam perkongsian itu, Fahli mendedahkan mesej perbualan daripada seorang murid yang dikongsikan oleh seorang guru kepadanya.

Sungguh tak terduga apabila dia membaca ayat-ayat sebegitu daripada seorang pelajar perempuan darjah 6, menggunakan kata-kata kesat dan maki hamun, hanya kerana dapat kerja rumah untuk buat karangan.

Murid Maki Cikgu

Malah dalam mesej tersebut juga, pelajar itu dikatakan bengang apabila mendapat kerja rumah yang banyak, itu yang menjadi penyebab pelajar tersebut menggunakan kata-kata kesat dalam rungutannya.

Murid Maki Cikgu 2

Menurut Fadhli lagi, kejadian ini difahamkan berlaku pada 2 minggu lepas, bila baca perkongsian ini, Fadhli menasihati para ibu agar sentiasa pantau peranti anak-anak mereka

“Kepada ibu ayah, semaklah telefon atau peranti anak anak kita. Pastikan anak-anak kita ada adab dengan guru. Biar anak kurang bijak, asalkan tidak kurang adab. Jangan jadikan alasan anda bekerja, sibuk dan sebagainya.”

Malah, Fadhli juga meminta pihak berkuasa agar pertimbangkan sesuatu sebagai ikhtar untuk mengembalikan mood ceria dimana murid seronok ke sekolah .

Bagaimapun, Fadhli juga ada mendedahkan mesej perbualannya dengan guru tersebut, kata guru itu, murid lain tiada masalah dalam menyiapkan kerja rumah mereka, malah dakwaan yang mengatakan kerja rumah banyak itu juga sebenarnya tak betul.

Guru tersebut juga menjelaskan bahawa murid tersebut yang banyak tangguhkan kerja, apabila dia terima mesej sebegitu, guru tersebut akui bahawa dirinya terkejut kerana baginya, dia tidak pernah membebankan muridnya.

Murid Maki Cikgu 3

Apabila terbaca perbualan itu, ramai netizen bersimpati dengan nasib guru tersebut, malah ada juga warganet yang terdiri dalam kalangan ibu bapa terbuka mata untuk pantau anak mereka .

Kes-kes seakan sama pernah berlaku kepada seorang guru juga apabila dia mendedahkan jawapan biadap dalam esei daripada seorang pelajar tingkatan 3. Geleng kepala bila min baca artikel kat bawah ni.

 

Baca : “Dah naik lemak ni”- Cikgu Kongsi Jawapan Esei ‘Biadab’ Pelajar Form 3 Di Facebook

2 14

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook